BAB 5

Romance Completed 809

Hati Nurani melonjak kegembiraan apabila Cikgu Uthman langsung tidak
menyentuh tentang surat cinta yang ditulisnya dulu. Hati yang tadinya
sedih mula berbunga gembira. Matanya yang tadi kelihatan sembap mula
bercahaya semula seolah-olah tidak pernah mengalirkan air mata
sebagaimana jiwa remaja dalam dirinya yang pantas berubah-ubah. Dia
cepat-cepat menjawab, “Saya suka membaca buku.”

“Benarkah? Bagus sekali. Boleh saya tahu buku apa?”

“Biasanya buku cinta. Tetapi saya juga menggemari karya Ramlah Awang
Marshad.”

“Oh, kebetulan pula. Saya juga sukakan karya beliau,” Cikgu Uthman
kemudian terdiam. Dia seolah sedang terfikirkan sesuatu.

“Kamu sudah baca karya beliau yang bertajuk ‘Bagaikan Maharani’? soal
Cikgu Uthman bersama senyum yang tidak putus dari bibirnya.

“Belum lagilah, cikgu. Saya baru bercadang untuk membelinya hujung bulan
ini,” jawab Nurani . Dia mula merasakan satu resapan perasaan yang begitu
mesra sekali. Kali ini, dia tidak lagi meminati guru itu sebagaimana
sebelumnya, tetapi menghormatinya sebagai seorang abang.

“Sayang sekali. Saya paling sukakan novel itu.” Cikgu Uthman memandang
jam di tangannya dan mendongak ke langit. Cuaca petang itu sangat baik
sekali dan bunyi cengkerik pada waktu petang itu sangat mendamaikan suasana.

“Mungkin kita boleh berbual tentang buku itu jika kamu sudah habis
membacanya,” kata Cikgu Uthman lagi. “Baiklah, kamu jangan fikirkan
sangat tentang hal ini. Saya harap kamu tidak berkecil hati dengan Cikgu
Dania tadi. Saya tetap akan menjadi kawan kamu, OK?”

“Err… baiklah,” jawab Nurani tersekat-sekat seperti ada sesuatu di
kerongkongnya. Mukanya yang tunduk memandang rumput dikakinya mula
kemerahan menahan malu. Apabila diangkat mukanya, dilihatnya Cikgu
Uthman sudah bersedia untuk beredar. Dia ingin sekali mengucapkan
sesuatu sebelum guru muda itu beredar paling tidak pun ucapan terima
kasih kerana memujuknya tetapi suaranya dirasakannya begitu payah untuk
diluahkan.

“Oh, ya. Boleh kita jumpa lagi di sini? Mungkin untuk berbual kosong
atau bertukar-tukar buku?” kata Cikgu Uthman tiba-tiba mengejutkan Nurani .

“Sudah tentu!” jawab Nurani gembira. Hatinya berbunga girang dan
jantungnya seolah-olah melonjak kegembiraan.

“Baiklah. Kita akan jumpa pada Rabu ini pukul empat.”

“Hari Rabu pukul empat,” ulang Nurani masih lagi tersengih seperti kerang
busuk.

“Ya, Rabu pukul empat.” Kali ini Cikgu Uthman pula yang tersengih. “Saya
rasa tidak salah untuk berjumpa di sini kerana tempat ini tidak
terselindung dan boleh dilihat sesiapa. Jangan lupa bawa buku ‘Tamborin
Terakhir’, saya mahu ulang baca buku itu dan buku saya pula sudah hilang.”

“Baiklah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience