BAB 6

Romance Completed 809

Setelah beberapa langkah Cikgu Uthman melangkah pergi, Nurani mula
membelakangi pokok yang disandarkan dan melompat kegembiraan.
Mahu saja dia menjerit ‘yahoo’ sekuat hatinya tetapi ditahannya risau didengar
Cikgu Uthman .

Ketika dia melompat sendirian, kelihatan Cikgu Uthman berhenti berjalan
setelah beberapa langkah dan berkata padanya, “Kamu tahu tak, Nurani .”

Kelam kabut Nurani menghentikan lompatannya dan membetulkan bajunya
sebelum menjengah memandang guru itu. Sakit jantung dibuatnya.

“Tahu apa, cikgu?” soal Nurani masih lagi membetulkan hujung bajunya.

Cikgu Uthman menggaru-garu kepalanya. Setelah teragak-agak untuk
beberapa lama, akhirnya dia bersuara, “Sebenarnya saya ada menerima
sepucuk surat cinta baru-baru ini. Surat itu tidak bernama. Tetapi saya
perhatikan tulisan surat itu seperti tulisan kamu…”

Jantung Nurani mula berdebar-debar. Dia mula membuka mulutnya untuk
berkata sesuatu tetapi nampaknya bukan itu tujuan sebenar Cikgu Uthman .

Cikgu Uthman menyambung, “Saya tidak kisah kalau surat itu kamu yang
tulis atau sesiapa sahaja, namun harapan saya kepada kamu, jika ingin
menulis surat kepada seseorang, tulislah menggunakan tatabahasa yang
baik dan ejaan yang penuh. Sakit kepala saya untuk memahami perkataan
SMS yang digunakan oleh penulis surat itu. Saya tidak mengatakan kamu
yang menulisnya tetapi sekadar harapan saya secara umum. Lagipun jika
kita membiasakan diri menulis dengan baik, bukankah itu bagus untuk
peperiksaan kita nanti?”

Nurani tersenyum kelat. Perasaan lega dan malu seiring dirasakannya. Lega
kerana Cikgu Uthman tidak kisah tentang surat itu manakala malu pula
kerana orang yang dimaksudkan oleh Cikgu Uthman memang adalah dia.

“Saya janji, cikgu. Saya tidak akan menulis dalam bahasa SMS lagi.”

“Jadi, benarlah kamu…”

“Walaubagaimanapun, bukan saya yang menulis surat itu,” pintasnya
segera. Hampir-hampir dia membuka rahsianya sendiri tadi.

Cikgu Uthman senyum lagi. “Baiklah ‘kamu-yang-tidak-menulis-surat-itu’,
saya harap kamu akan memperbaiki penulisan kamu,” kata Cikgu Uthman
sambil tersenyum nakal sebelum melangkah pergi dan kali ini, dia tidak
berpatah balik lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience