BAB 2

Family Completed 626

“Hai darling. Dah lama tunggu I ker?” Aku mencium pipi Benjamin sejurus
tiba di kelab malam. Lalu mengambil tempat disebelahnya.

“Kenapa you lambat?” Benjamin kelihatan marah akibat kelewatanku malam ini.

“Ala mother I tu, you tau aje lah..suka sangat sibuk hal orang.” Ibu
menyoal macam-macam sejurus aku ingin keluar rumah lewat petang itu.

“Erm apa kata you duduk dengan I saja. Tak payah you mengadap orang tua
tu 24 jam.” Macam bagus juga idea Benjamin tu, tapi nanti aku fikirkan
dulu. Takut juga benda tak elok berlaku di kemudian hari. Sejahat-jahat
aku, aku tidak akan serahkan maruah diri aku pada lelaki yang bukan
suami aku. Itu prinsip aku!!

“Nanti I fikir dulu..” Aku meneguk air berkarbonat di hadapanku.

Kelihatan lengang sahaja kelab malam. Argh abaikan, janji aku dapat
bersuka ria dengan Benjamin. Aku menarik tangan Benjamin untuk menari
di pentas tarian. Menari membuatkan segala tekanan hidup aku hilang.
Benjamin mempelawaku segelas wiski kepadaku sejurus kami selesai menari.
Namun aku menolak pelawaannya. Aku belum pernah sentuh arak. Sekadar
rokok sahaja yang memang menjadi teman setiaku seawal tamat persekolahan
tingkatan lima. Kira-kira sudah empat tahun juga aku menjadi perokok.
Rokok membuatkan aku tenang....

Jam 3 pagi barulah kami meninggalkan kelab malam. Benjamin sudah
kelihatan mabuk dan memandu dalam keadaan bahaya. Aku menjadi takut
apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandunya berselisih dengan
kereta lain dari arah bertentangan. Fuh selamat jugak. Setibanya di
rumah, kelihatan ibu sedang terpacul di hadapan pintu rumah.

“Sya ke mana lewat baru balik ni. Siapa lelaki tu?” Nada suaranya sangat
lembut.

“Argh apa ibu nak kisah ha? Suka hati orang la... Orang dah besar la.
Jangan masuk campur boleh tak. Dah orang penat, naik dulu.” Hanya itu
jawapanku padanya. Rimas betul. Pasal itu kot ayah lari tinggalkan dia.
Asyik nak menyibuk hal orang lain. Huh!!

Puan Zainab hanya mampu mengalirkan air mata. “Ya Allah berilah
hidayahMu buat puteriku. Insafkanlah dia Ya Allah.. Aku hanya mampu
berdoa padaMu.” Itulah rintihannya setiap hari. Semoga Siti Mashitah
Umaira Bt. Ahmad kembali ke pangkal jalan. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience