BAB 4

Family Completed 626

Syed Izzue sedang membelek fail-fail di atas mejanya. Sebelum
berangkat ke tanah suci sebulan yang lepas, memang banyak kerja yang
belum diselesaikannya. Namum walaupun masih banyak yang belum selesai,
dia rasa cukup tenang dapat menunaikan umrah bersama umi dan abah serta
kakak sulungnya, Laili.

“Hai Encik Luqman, how about your vacation?” Melissa, setiausahanya
masuk tanpa disuruh.

“Saya pergi menunaikan ibadah, bukan bersuka ria, Lissa. Ibadah yang
cukup menenangkan hati saya. Awak pun patut pergi Melissa.” Melissa
hanya membeliakkan matanya tanda pelik. ‘Aku disuruhnya pergi Mekah.
Aduh tengok lah dulu Encik Syed Izzue ’.

“Ada apa-apa pesanan untuk saya?” Luqman mengalihkan topik perbicaraan
mereka.

“Erm ini senarainya cik Luqman.” Melissa cuba merapati Luqman. Luqman
baginya mempunyai aura yang mampu memikat mana-mana gadis di luar sana.
Sudah la kacak pulak tu.

Luqman yang menyedari tindakan Melissa mengalihkan sedikit kerusinya ke
kanan.

“Erm kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar. Terima kasih.”
Luqman membiarkan wanita itu keluar tanpa memandang susuk tubuh yang
disaluti pakaian sendat dan singkat itu.

Luqman sekadar menggelengkan kepala. ‘Ini ujian Allah buatku. Ya Allah
kuatkanlah iman lelakiku.’

Baginya, wanita memang cantik. Tapi lebih cantik apabila mereka menjaga
perhiasan diri mereka daripada mata dunia kerana nilainya bak permata
berharga.

Teringat dia pada beberapa potong ayat al-Quran yang dibacanya semalam
di dalam tafsir al-Quran surah An-Nur ayat 31 yang meyebut:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau
bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk
diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman,
supaya kamu berjaya.”

Begitu juga dengan pesanan Rasulullah S.A.W kepada muslimah. Antaranya
ialah Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan
untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari
kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi).

Syed Izzue ingin mencari seorang isteri yang solehah. Memandangkan
usianya sudah masuk 27 tahun, uminya mula bising agar dia berkahwin
dengan gadis pilihannya sendiri. Sebelum menunaikan umrah, dia selalu
terserempak dengan gadis bertudung litup yang cukup bersopan santun.
MasyaAllah sedap mata memandang. Hatinya tiba-tiba dilanda perasaan
aneh. Mungkinkah ini yang dikatakan cinta? ‘Nauzubillah. Lindungilah aku
daripada syaitan laknatullah.’

Malam itu Luqman bersuduj padaNya memohon petunjuk. Mungkinkah gadis itu
jodohku? Ya Allah berilah aku petunjukMu. Jika dia jodohku, maka
dekatkanlah hatiku dengan hatinya, dan jika dia bukan jodohku maka Kau
tutuplah dan jauhkanlah hatiku daripada mencintainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience