BAB 8

Family Completed 626

“Tolong la kak..” Puan Zainab tidak berani untuk membuat sebarang
keputusan tanpa berbincang dengan Mashitah .

“Nantilah aku bincang dengan dia. Apa-apa nanti aku telefon kau balik..”

Aku menerima perkhabaran mak ngah yang mahu aku gantikan tempat Ikhlimah
untuk menjadi isteri kepada Syed Izzue , lelaki yang tak pernah aku
kenali. Tiga malam berturut-turut aku mengerjakan solat sunat istiqarah
meminta petunjukNya. Syukur aku dapat jawapannya.

“Macam mana? Ibu tak paksa Sya.. Cuma ibu kesiankan mak ngah. Walaupun
dia dah banyak sakitkan hati ibu dulu..”

“Kalau itu jodoh Sya, Sya terima dengan rela hati ibu..”

“Alhamdulillah, kira jadi lah ni ya.”

Aku hanya tersenyum. Tangan ibu aku kucup. Lantas kakiku mula menuju ke
garaj dan menghidupkan kereta myviku untuk ke pejabat. Syukur setelah
penghijrahanku, rezeki semakin bertambah.

Berita kematian Benjamin di lokap aku terima seminggu yang lepas kerana
pengaruh alkohol dan dadah berlebihan. Syukur walaupun aku pernah
berkawan dengannya tetapi aku tidak ‘berkawan’ dengan najis dadah dan
alkohol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience