BAB 5

Family Completed 626

Ibu sudah tiga hari koma akibat kemalangan jalan raya. Aku menjadi
penunggu setia ibu. Berdosanya aku kepada ibu.

“Ini semua kau punya pasal la Sya. Kalau tak kerana kau lari dari rumah
hari tu, ibu takkan jadi macam ni tau. Dasar anak derhaka!!” Masih
terngiang-ngiang amukan kak long tempoh hari. Memang salah aku kerana
keluar rumah tanpa kerelaan ibu.

“Hei. Kau jangan sibuk la. Ikut suka aku la mana aku nak pergi!!” Masih
teringat kejadian tempoh hari. Ibu menarik beg pakaianku bagi menghalang
aku keluar dari pagar rumah teres dua tingkat kami.

“Jangan pergi sayang..” Puan Zainab merayu pada anak gadisnya agar tidak
meninggalkan rumah. Air matanya sudah lencun membasahi baju kelawar yang
dipakainya.

“Argh apa aku kisah. Macam dalam neraka la rumah ni. Panas tau!!” Aku
semakin berang dengan ibu.

“Bertaubat sayang.. mengucap..” Tanpa sedar kami sudah berada di tengah
jalan besar di hadapan rumah. Tanpa sedar sebuah kereta meluncur laju
lalu melanggar tubuh ibu.

“Ibu!!!!” Sekujur tubuh ibu terbaring di tepi jalan. Benjamin segera
keluar dari kereta.

“Darling, lets go..” Rupa-rupanya Benjamin yang melanggar ibu.

“No..no. Ibu I..kenapa you langgar dia, Ben?” Aku menarik-narik kolar
baju Benjamin malam itu.

“Dia kan selalu jadi penghalang you. I langgar la, baru lancar rancangan
you nak lari.. jom cepat.” Benjamin menarik tanganku.

“I tak nak..tak nak!!” Air mataku sudah membasahi pipi. Benjamin
melarikan diri tatkala melihat beberapa orang jiranku menuju ke arah kami.

“Pak cik, tangkap dia. Dia langgar ibu saya..” Aku memangku kepala ibu
yang berdarah ke pangkuanku. Akhirnya Benjamin berjaya diberkas dan
dibawa ke balai polis.

Ya Allah. Aku banyak dosa.. Ampunilah segala dosaku.

Pulang dari hospital, aku menuju ke masjid berhampir tatkala kedengaran
azan asar berkumandang. Aku rasa sebak. Bagaimana aku hendak solat,
sedangkan aku dah lupa cara nak bersolat? Ya Allah besarnya dosaku. Aku
hanya berdiri memandang anak tangga masjid.

“Anak tak masuk lagi? Jom solat jemaah sama-sama.” Seorang wanita sebaya
ibu datang menghampiri aku.

“Mak cik.. saya banyak dosa. Saya nak bertaubat. Sa..saya tak tau
solat.” Aku berterus terang kepada wanita tersebut tentang tujuanku.
Lantas dia memelukku erat.

“Syukur nak. Mari naik, mak cik ketemukan dengan ustazah”.

Tenang seluruh jiwaku tatkala air wuduk mula membasahi anggotaku.

Ya Allah terimalah taubatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience