BAB 10

Family Completed 626

Setahun lebih sudah usia perkahwinan kami. Syukur Ya Allah. Dan dalam
masa tiga bulan lagi kami bakal menimang cahayamata pertama, anugerah
yang tak ternilai yang diamanahkan olehNya.

Nurul Ikhlimah sudah selamat diijabkabulkan dengan Mohd Asri, lelaki yang
bertanggungjawab terhadap kandungannya. Syukur, mereka kini bakal
menamatkan pengajian bersama-sama. Nurul Ikhlimah kini menjadi sepupu
rapatku. Ibarat kuku dengan isi. Dah tak bisa dipisahkan lagi. Sungguh
inilah hikmah yang aku nanti-natikan selama ini.

Buku bertajuk ‘Isteri Idaman yang Menyejukkan Hati Suami’ karya Harun
Ar-Rasyid H.J Tuskan kubaca pagi minggu itu.

‘Isteri yang berdosa dengan suami ditolak doanya: lain-lainya dosa
dengan ibubapa, dosa dengan guru, menzalimi orang lain, maksiat dan dosa
tanpa taubat, makan benda haram’

Dulu inilah dosa yang pernah aku lakukan. Derhaka pada ibu, buat
maksiat..Ampuni aku Ya Allah.

‘Martabat dan peribadi wanita solehah.’

‘Wanita yang dimuliakan Allah: Sentiasa bersyukur dan redha, pandai
menjaga aurat.’

Aku meneruskan lagi pembacaanku....

‘Formula membahagiakan suami: melayan suami dengan sepenuh jiwa dan
perasaan, jangan derhaka, membahagiakan suami’.

“Haa baca apa tu..” Ya Allah terkejut aku. Luqman kelihatan baru pulang
dari pejabat. Kerjaku sekarang jadi mem besar dalam rumah. Kerja aku
hanya di rumah sekarang atas permintaan Luqman.

“Abang bahagia.... Allah dah temukan abang dengan isteri yang solehah.”

“Terima kasih abang...”

“Dah jom masuk. Panas kat luar ni.”

Ya Allah moga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat. Sungguh aku
bahagia dengan perkahwinan ini.

Terima kasih Allah. Terima kasih kerana membuka pintu taubat buatku.
Kasih sayangMu cukup berharga.

“Ya Allah ku bersujud padaMu memohon ampunan atas segala dosa yang aku
lakukan..terimalah taubatku ini..”

‘Tiada airmata yang dapat menenangkan jiwa melainkan air mata taubat’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience