BAB 6

Family Completed 626

Kini jiwaku kian tenang. Ibu pula sudah mula sedar dari koma. Syukur
Alhamdulillah. Ustazah Zawiah banyak membantuku kembali ke pangkal jalan.

“ Allah menerima taubat hambaNya.. seperti dalam surah al-Maidah ayat 39
yang bermaksud, Allah menerima taubat hambaNya sesudah dia melakukan
kejahatan dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah terima
taubatnya kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Masih
teringat kata-kata ustazah Zawiah tempoh hari.

“Ibu, Sya suapkan bubur sikit ya.” Ibu hanya tersenyum memandangku.

“Anak ibu ke ni?”

“Yela anak ibu, Siti Mashitah Sarahah Ahmad.. Tak kan ibu dah tak kenal
Sya.” Aku hanya tersenyum memandang ibu.

“Cantik sangat anak ibu bertudung macam ni. Sopan. Sejuk mata ibu
tengok..” Puan Zainab bersyukur melihat perubahan diri anaknya. Doanya
selama ini termakbul juga. Syukur Ya Allah.

“Terima kasih ibu. Sya nak minta maaf sangat dengan ibu. Sya derhaka
dengan ibu.” Aku sujud di kaki ibu. Air mataku sudah menghiasi wajahku.
Lantasku peluk tubuh kurus ibu.

Sejak ayah meninggalkan ibu, aku jadi liar. Ponteng sekolah, rokok,
bertumbuk dan masuk lokap sudah sebati dalam hidupku ketika itu. Ibu
yang menanggung malu. Jiran-jiran asyik mengata sehinggakan kami
terpaksa berpindah ke bandar.

“Sudahlah sayang. Ibu dah lama maafkan. Ibu bersyukur anak ibu dah
berubah. Mungkin inilah hikmahnya. Semoga selamanya Sya macam ni..”

“Amin..” Terasa bahuku dipegang oleh seseorang. Apabila ditoleh
kelihatan kak long tersenyum memandangku. Lalu kami berpelukan di situ
juga. Syukur kak long dapat memaafkanku juga.

“Bulan depan kita pergi buat umrah sama-sama ya.” Kak long sudah pun
berjanji ingin membawa aku dan ibu ke tanah suci. Syukur Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience