BAB 7

Family Completed 626

Lamaran daripada Syed Izzue membuatkan Ikhlimah tak senang duduk.
Pandai-pandai saja mamanya menerima lamaran itu. Lelaki yang selalu
berselisih dengannya bulan lepas terus melamarnya selepas perbualan
singkat di kafe tempoh hari.

Majlis pernikahan akan di adakan bulan depan atas permintaan Luqman dan
keluarganya.

“Mama..apa semua ni?!” Suaranya ditinggikan buat mamanya yang
tercinta. Puan Zarina terkejut.

“Ai sejak bila pandai tinggikan suara dengan mama ni?”

“Ah lantaklah. Jiha tak nak kahwin dengan laki alim tu la..” Asri dah
janji nak bertanggungjawab. Ikhlimah cintakan Asri. Tapi... dia dah
menghilang sejak sebulan lepas.

Akhirnya Ikhlimah menerangkan segalanya kepada Puan Zarina. Teruk jugak
Ikhlimah dibelasah mama dan papanya. Rupanya selama ini Ikhlimah
berpura-pura baik di hadapan mereka dengan berkelakuan sopan dan menutup aurat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience