BAB 3

Family Completed 626

Nurul Ikhlimah memperlihatkan dirinya di hadapan cermin. Perutnya mula
menunjukkan perubahan. Aduh macam mana nak selindung dari mama dan papa
ni? Ikhlimah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ah kan aku pakai
tudung labuh, mana mungkin mama dan papa perasan. Yes.. Kini dia
tersenyum lega.

Perbuatan terkutuknya bersama rakan sekuliahnya, Asri membuatkan dirinya
terpaksa mengandungkan anak lelaki itu. Niatnya untuk menggugurkan
sahaja bayi dalam kandungannya, namun dihalang Asri dengan alasan dia
sanggup bertanggungjawab. Argh boleh percaya ker Asri tu??

“Jiha.. mari tolong mama dekat dapur ni.” Laungan mama di luar kamar
membuatkan Ikhlimah kembali ke alam realiti. Dia segera meyarungkan
tudung sebelum menjengah ke dapur.

“Ma. Esok pagi Jiha nak pergi usrah kejap, boleh?” Puan Zarina bangga
dengan anak gadisnya, sopan santun, berbudi bahasa, dan yang penting
kuat ilmu agamanya. Bukan macam anak kak longnya si Mashitah tu yang dah
jauh terpesong akidahnya. Itu belum tengok cara pemakaiannya yang cukup
seksi, terdedah sana sini. MasyaAllah, nasib anak aku menutup aurat.

“Apesal mama senyum sorang-sorang ni?” Ikhlimah pelik melihat mamanya
tersenyum sendiri sambil mengacau masak lemak ikan kembung kegemaran
papanya.

“Tak la. Mama cuma terkenangkan si Mashitah sepupu kamu tu, jauh
terpesong. Apa nak jadi la budak tu. Kamu jangan ikut jejak langkah dia
pulak.”

“Minta simpang la mama. Teruk Jiha tengok Sya tu.. dah la tak tutup
aurat, berpeluk-peluk dengan lelaki mat saleh tu..apa nama dia? Ben..
benjamin kot.” Ikhlimah sudah sedia maklum tentang perangai sepupunya.
Memang dia bencikan Mashitah sejak dari kecil lagi. Ini kerana Mashitah
memliki wajah yang cantik sedangkan dia sering dipanggil dan diejek
dengan gelaran ‘budak hitam’ sewaktu kecil dahulu. Akibatnya Mashitah
selalu mentertawakannya. Tapi jika nak disamakan dengan Mashitah , dia jauh
lebih jahat.

“Erm itulah mak long kamu. Tak pandai jaga anak. Nasib mama dapat anak
yang baik, solehah macam kamu ni.” Puan Zarina mengucup pipi anak gadis
kesayangannya.

Ikhlimah hanya tersenyum kelat. Kalaulah mama tahu macam mana perangai
aku yang sebenarnya di luar sama, habislah aku dikerjakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience