BAB 5

Drama Completed 630

Malika mencari temannya Kaleeja dan Mawaddah . Dia mendail nombor telefon mereka. Setelah beberapa deringan, panggilan dijawab.
"Korang kat mana?" Malika menyoal. Kakinya terus melangkah ke hadapan.
"Kitorang kat kafe ni. Kau kat mana?" jawab Kaleeja .
Malika terus meletakkan telefon. Dia terus menuju ke kafe. Fikirannya jauh melayang. Dia sudah tidak sanggup lagi berjumpa dengan Prof Salam berhubung dengan kelewatannya menghantar tugasan yang diberi. Tiba-tiba perasaan menyesal menyelubunginya. ’Ni semua pasal mamat tu. Kalau aku tak gatal sangat nak tolong dia, mesti aku sempat balik and siapkan tugasan aku dan kak Anis’ gerutu hati kecil Malika . Kakinya terus melangkah ke hadapan. Tanpa dia sedari, dirinya melanggar seseorang.
"Woi, buta ke?" marah pemuda itu. Dia mengibas-ngibas punggung seluarnya yang kotor akibat terjatuh.
"Sorry. Sorry," pohon Malika . "Ya Allah, Riyaz Harfami ." Malika terkesima. Riyaz Harfami pujaan hatinya. Yang sentiasa diingatannya. Dia selalu berangan untuk berbual dengan Riyaz Harfami . Angan hanya tinggal angan. Riyaz Harfami terlalu ramai peminat. Tak mungkin Malika dipandangnya.
"Are you okay?" Riyaz Harfami memecahkan kesunyian yang menyelubungi. Riyaz Harfami khuatir gadis dihadapannya berkecil hati. Almaklumlah, dia baru sahaja pulang dari pejabat Madam Lucy yang meminta dia mengulangi semester itu. Dia agak marah dengan keputusan itu lantas apabila terlanggar Malika dia naik berang.
"Tak apa-apa," balas Malika . Dia segera mengutip buku-buku yang jatuh bertaburan. Riyaz Harfami membantunya.
"Betul awak tak apa-apa?" Riyaz Harfami mencari kepastian.
"Betul,"
"Awak nak kemana?" soal Riyaz Harfami lagi. Malika merasa pelik. Pada masa yang sama, hatinya teruja.
"Ke cafe," Malika memberitahu. "Okay ar, saya pergi dulu. Kawan-kawan saya dah tunggu," sambung Malika . Pasti Kaleeja dan Mawaddah sudah lama menunggunya. Dia tersenyum. Ikhlas.
"Okay then. See you next time,"
‘See you next time. Alamak dia nak jumpa aku lagi ke?’ bisik hati kecilnya. ’Eh, tak kot..takkan lah dia nak jumpa aku lagi, siapa lar aku ni..tapi kitorang kan satu kolej’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience