BAB 8

Drama Completed 630

Ting! Tong!
Bunyi loceng bergema ke setiap pelosok rumah. Mahu tak mahu Malika menuju ke pintu. Mak Mah tidak ada. Dia ke rumah anaknya di Petaling. Cucunya sakit. Dia harus menjaga cucunya sementara anaknya pergi mencari rezeki. Dia terperanjat apabila disergah oleh dua orang rakannya tatkala dia membuka pintu.
"Suprise," teriak Mawaddah dan Kaleeja .
"Kenapa? Pelik?" Kaleeja pula yang mengajukan soalan. Tanpa dijemput, mereka terus masuk ke rumah Malika dan menuju ke bilik Malika .
"Mana semua orang?" soal mereka lagi. Pelik kerana mereka tidak nampak kelibat seorang manusia pun dari tadi.
"Ibu dan kak Anis pergi rumah Datin Zulizah . Kan malam ni ada majlis keraian," Malika , mengingatkan. Dia menyerahkan mug berisi air milo kepada Kaleeja dan Mawaddah .
"Eh eleh. Suka hati dia je pergi sana. Dah lah kerja orang dia ambil. Pastu senang-senang je pergi enjoy. Tak tau ke orang lain kena siapkan kerja dia," gomel Kaleeja .
"Eh, kenapa korang datang sini? Korang tak pergi ke party tu?" soal Malika , Gomelan Kaleeja diendahkan.
"Kenapa tak suka ke kitorang datang sini?" soal Mawaddah . Soalan Malika tadi dijawab dengan soalan. Malika menggeleng.
"Kitorang kan dah janji nak tolong kau. So, sebab tu lar kitorang datang ni," Persoalan itu terjawab akhirnya. "Dah, mana kerjanya?" Mawaddah terus duduk di depan komputer. Dia meneliti hasil tugasan Prof Salam yang telah Malika siapkan separuh. Monitor komputer itu ditatapnya. "Ni eh?" soalnya. "Mmmm, sikit lagi siap ar ni....kalau kita work together. Ziah, apa lagi keluarkan ar laptop kau. Dah let’s do it now," perintah Mawaddah , tanpa menghiraukan soalan yang diajukan Malika . Tanpa berlengah, Kaleeja mengeluarkan laptopnya dan tugas dibahagikan. Setelah itu, mereka menyiapkan bahagian masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience