BAB 6

Drama Completed 630

"Wei, apsal Prof nak jumpa kau?" soal Kaleeja . Jus oren yang dipesannya dihirup sampai habis. Dia sendiri tidak sedar bila habisnya. Mungkin dia terlalu asyik meminumnya sepanjang dia menunggu Malika tadi.
"A’ah lar Isya. Kenapa Prof nak jumpa kau?" Mawaddah turut menyoal, ingin tahu.
"Pasal apa lagi? Ni mesti sebab kakak kau ’cilok’ assignment kau kan?" Kaleeja mengagak.
Malika mengangguk. "Prof bagi aku masa sampai esok tuk siapkan kan assignment dia," Malika bersuara.
"Mmm. Okay ar tu. Nanti aku tolong kau," Mawaddah menghulurkan bantuan.
"Aku pun," Kaleeja turut menghulurkan bantuan. "So, bila kita nak mula?"
"Malam ni!!!" ujar Malika dan Mawaddah , serentak.
"Dah jom ar pergi. Kelas Madam dah nak start dah ni," ajak Kaleeja . Mereka bertiga segera beredar dari situ.

Dari kejauhan, kelihatan sekumpulan pelajar berkerumun. Kerumunan itu menarik perhatian Kaleeja . Lantas dia bertanya pada salah seorang pelajar yang berada disitu.
"Apsal ni? Apa yang ‘kecah’ sangat nie?" tanya Kaleeja .
"Tu," tunding seorang pelajar.
Pandangannya beralih ke papan kenyataan. Dia terpaku disitu. Tanpa disedari senyuman terukir dibibirnya. Setelah usai membaca kenyataan itu, dia beredar mendapatkan Mawaddah dan Malika .
"Berita hangat," ujar Kaleeja . Mawaddah dan Malika mengangkat kening mereka. Tanda tidak faham. "Apa dia?" ujar mereka berdua, serentak.
"Beritanya adalah....Riyaz Harfami akan adakan satu majlis tari menari kat rumah dia sempena hari lahir dia....malam ni...semua student dijemut hadir...,"
"Great," ujar Mawaddah . "What’s the theme?" soal Mawaddah , berminat.
"Mask of Zorro," jawab Kaleeja . "Don’t forget the mask!" Kaleeja mengingatkan. Dia kelihatan sangat teruja.
"I gotta find a great costume," Mawaddah memasang angan-angan. Angan-angannya pecah berderai apabila pinggangnya disenggol.
"What?" Mawaddah bertanya.
"Tu," Kaleeja memuncungkan bibirnya, cuba menunjukkan sesuatu.
"Lar, kenapa pulak ni?" tanya Mawaddah . Malika diam seribu bahasa.
"Korang nak pergi ke majlis tu?" Malika akhirnya bersuara.
"Mesti lar nak," Pantas Kaleeja menjawab.
"Mmmm, Kalau macam tu tak pe lar. Aku balik dulu. Aku ada assignment nak kena submit esok," ujar Malika , lemah. "Okay ar, Bye." Malika berlalu pergi.
"Oh, no!" teriak Mawaddah . Dia menekup mulutnya.
"What?" Kaleeja kebingungan.
"We promise Isya to help her tonight," Mawaddah teringatkan perbualan tadi. "Yang kita janji kat kantin tadi?!" Mawaddah mengingatkan apabila dia dapati Kaleeja kebingungan.
"Oh, God. Macam mana aku boleh lupa ni?" Kaleeja menepuk dahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience