BAB 10

Drama Completed 630

"Mana awak dapat gelang saya?" gadis itu bersuara. Mereka kini tinggal berdua. Riyaz Harfami mengajak gadis itu bersiar-siar. Mereka singgah di gazebo milik keluarga Riyaz Harfami . Gazebo itu terletak berdekatan dengan rumahnya. Dia perlu bersendirian dengan gadis itu. Keadaan bising diruang tamu itu menarik Riyaz Harfami membuat keputusan tersebut.
Mendengarkan soalan itu, dia berpaling. " Ini gelang awak?" tanya Riyaz Harfami meminta kepastian. Gadis itu membalas dengan anggukan.
"Siapa nama awak?" tanyanya lagi.
"Dania ,"
"Mana awak dapat gelang saya?" gadis itu mengulang soalannya.
"Awak tak ingat?"
"Ingat apa?"
"Peristiwa malam kemalangan tu,"
"Owh, pasal kemalangan tu. Eh, tapi kenapa awak tanya? Macam mana awak tahu pasal kemalangan tu?" soal Dania , pelik.
"Awak tak ingat siapa yang awak selamatkan?"
Dania menggeleng. Seingatnya malam itu, dia memang menyelamatkan seseorang tapi dia tidak ingat siapa. Malam itu sangat gelap. Bulan seolah-olah bersembunyi disebalik awan. Malam itu dia bersama-sama dengan Kaleeja dan Mawaddah . Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung Kaleeja .

"Wei, berhenti....berhenti...berhenti," arah Malika . Kaleeja tiada plihan. Kereta itu di berhentikan di tepi jalan. "Kenapa ni?" soal Mawaddah , dalam keadaan mamai. Dia kelihatannya letih dan hanya tidur di sepanjang perjalanan.
"Ada accident," ujar Malika . Dia bergegas keluar dari kereta dan pantas mendapatkan kereta tersebut. Dia menampar-nampar pemuda itu. Pemuda itu cedera parah. Dahinya berdarah. "Encik, bangun lar," soalnya lagi. Tiada jawapan.
Malika terasa tangannya ditarik. "Kau buat apa ni?" tanya Kaleeja .
"Kita kena selamatkan dia. Nyawa dia dalam bahaya," terang Malika . " Tapi dah lewat malam ni," Kaleeja mengingatkan. Mereka baru sahaja pulang dari kampung Kaleeja . Ada kenduri doa selamat. Kebetulan mereka lalu di jalan itu. "Dah ar jom balik. Kita tak kenal dia pun. Entah-entah dia ni penjenayah ke? Lari masa kejar mengejar dengan polis," Kaleeja membuat andaian. Malika terpaksa akur.
Mereka menuju ke kereta. Langkah mereka terhenti apabila hidung mereka menangkap bau minyak. Serentak mereka menoleh. Minyak bocor! Malika bergegas lari ke kereta pemuda itu. Kaleeja mengekori. Malika membuka pintu kereta dan menariknya keluar.
"Encik, bangun lar," pinta Malika . "Oh no. Call ambulan cepat," perintah Malika . Kaleeja segera menelefon ambulan. "Dah jom kita pergi," saran Kaleeja . Pemuda itu memegang erat tangan Malika . Malika segera menarik tangannya dan berlalu pergi. Tanpa disedari, gelang peninggalan arwah neneknya tertinggal di dalam genggaman pemuda itu.
Selang beberapa lama, dia terdengar bunyi siren ambulan. Dia terasa badannya diangkat naik ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience