BAB 9

Drama Completed 630

Kediaman Datuk Kamal semakin dipenuhi dengan orang. Dari jauh, kelihatan pelbagai jenis kostum diperagakan. Sedari tadi, dia mencari-cari bayangan seorang gadis. Ya, gadis petang tadi. Gadis yang dirasakan berjaya mencuri hatinya. Gadis yang dia yakin adalah penyelamatnya.
"Dah jumpa dia?" soal Abbas . Tangannya ligat membetulkan `bow tie’ milik Riyaz Harfami . Riyaz Harfami tampak sungguh segak memakai tuxedo. Riyaz Harfami tersenyum, hambar.
"Belum lagi,"
"You gotta find her tonight. If not, you have to forget about her," Abbas memperingatkan tujuan majlis itu diadakan.
Orang ramai kini menumpukan perhatian kearah tangga. Kelihatan Riyaz Harfami dengan segaknya sedang menuruni tangga. Para hadirin memberi laluan. Riyaz Harfami berasa gugup. Tetapi dia bertekad malam ini dia harus mencari gadis itu. Dia menggengam gelang itu seerat-eratnya. Malam ini gelang itulah yang akan mencari tuannya.

Setelah berjam-jam mereka bertungkus lumus, akhirnya tugasan itu selesai. Mereka bertiga terbaring kepenatan. Mawaddah tersandar di atas kerusi di hadapan komputer. Kaleeja di atas katil dan Malika terbaring di lantai. "Akhirnya, siap juga," Kaleeja bersuara. "Isya, pukul berapa?" soal Kaleeja .
"Oh, god," Mawaddah tersentak. Dia bingkas bangun. "Sempat lagi ni," ujarnya. Tangannya mencapai telefon bimbit miliknya. Dia mendail nombor seseorang.
"Sempat? Maksud kau?" tanya Kaleeja . Kaleeja dan Malika berpandangan. Meminta penjelasan. "Majlis hari jadi Riyaz . Kan habis pukul 12. Sempat lagi," ujar Mawaddah .
"Oh, no. Kau semangat lagi ke nak pergi? Aku tak sanggup dah. Aku penat. Nak tidur," Kaleeja menarik selimut. Dia terlupa dia sekarang berada di rumah Malika . Mawaddah melihat Malika . "Kau Isya?" soalnya.
"Entah ar," Malika tidak tahu. Kalau ikutkan hati ingin sangat dia pergi ke majlis itu. Tapi dia tidak ada pakaian yang sesuai. Maka, hasratnya terpaksa dibatalkan.
"Alah, jangan ar macam ni," rengek Mawaddah . Dia berharap sangat Malika pergi.

Hari semakin larut. Jam di dinding berbunyi 11 kali menandakan sudah pukul 11 malam. Riyaz Harfami masih belum berjumpa dengan gadis itu. Dia sudah menari dengan hampir semua wanita disitu. Tiada satu pun yang memberikan reaksi yang dia mahu. Kalau benar salah seorang dari wanita yang dijemputnya pemilik gelang ini, pasti, si pemilik gelang, itu mengecamnya. Tapi tiada seorang pun yang mengaku. Pada mereka gelang itu tidak bermakna kerana diperbuat dari kayu. Hal ini mungkin berbeza sekiranya gelang itu adalah emas. Riyaz Harfami berhenti menari. Dia menuju ke arah Abbas lalu berkata sesuatu.
Riyaz Harfami memohon maaf lalu meminta diri. Dia kepenatan, Dia runsing tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi langkah seseorang. Dia pantas pusing menghadap gadis itu. ’Gadis itu sungguh cantik. Gaunnya yang berwarna putih membuatkan dia kelihatan sangat suci dan bersih’ getus hati kecilnya. Riyaz Harfami melangkah ke arahnya. Dia menghulurkan tangannya. Gadis itu menyambut huluran tangan Riyaz Harfami . Mereka menari. Sedang asyik menari, Riyaz Harfami mengeluarkan gelang itu lalu ditunjukkan pada gadis itu.
Melihatkan raut muka gadis itu berubah, dia mulai cuak. ’Takkan ar dia ni pun bukan’ bisik hati kecilnya. Dia mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience