BAB 11

Drama Completed 630

"Hello, are you here?" tegur Riyaz Harfami . Dania tersentak. Lamunannya terhenti.
Riyaz Harfami mendekati Dania . Dia cuba menanggalkan topeng Dania . Dania sempat menghalang. Riyaz Harfami mengerutkan dahinya.
Dania melarikan mukanya. Cuba mengelak dari topengnya ditanggal. "Saya ingin kenal dengan penyelamat saya," Riyaz Harfami berterus-terang apabila mendapati Dania tidak selesa dengan tindakannya.
"Tak perlu tahu, Saya ikhlas tolong awak. Baiklah. Saya kena pergi dulu. Kalau diizinkan-Nya kita berjumpa lagi.," ujar Dania sebelum pergi.
"Macam mana saya nak kenal awak kalau saya tak tengok muka awak?" soal Riyaz Harfami .
"Awak akan tahu juga nanti," balas Dania , tersenyum. Ihklas.
’Aku macam pernah tengok senyuman tu’ bisik hati kecilnya. Senyuman itu mengingatkan dia pada seseorang. Dia juga turut tersenyum.

Senyuman terukir dibibirnya. Dia tidak pernah menyangka akan dapat ke majlis keraian. Dia berasa sangat gembira. Malah, yang paling menggembirakan dia adalah ketika dia dapat menari bersama-sama dengan Riyaz Harfami yang selama ini menjadi kegilaan ramai. Setelah berbual dengannya, dia dapat merasakan Riyaz Harfami tidak seperti anggapan pelajar yang lain yang mengatakan Riyaz Harfami seorang yang teruk dan hanya tahu menghabiskan duit ibubapanya. Mungkin benar kata mereka. Tapi dia dapat melihat bahawa Riyaz Harfami telah berubah. Dalam diam, dia perasaannya terhadap pemuda itu semakin mendalam.

Kelas Madam Lucy dibatalkan kerana masalah yang tidak dapat dielak. Malika , Mawaddah dan Kaleeja bergegas ke pejabat untuk menghantar tugasan Prof Salam . Setelah itu, mereka terus menuju ke cafe. Usai memesan minuman, mereka mencari tempat duduk. Mawaddah mengajak mereka berdua duduk ditepi tingkap.
"So, how’s last night?" tanya Kaleeja . Pandangannya menghala ke Malika .
"What?" Malika menyoal kembali. Tidak tahu apa yang cuba ditanya Kaleeja .
"Dania Malika , apa yang berlaku semalam? Bukan kau pergi ke semalam majlis itu?" soal Kaleeja lagi.
"Owh, pasal tu. Memang ar pergi. Mulanya aku nak teman si Mawaddah ni tapi boleh pulak dia buat hal. Sakit perut lar. Ni lar. Tu lar," ngomel Malika .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience