BAB 2

Drama Completed 630

Pintu wad itu dibuka dengan kasar. Datin Zulizah terus menerpa ke arah Riyaz Harfami .
"Mi, cam mana boleh jadi macam ni?" soal Datin Zulizah . Dia lah yang paling panik apabila mendapat perkhabaran Riyaz Harfami dimasukkan ke dalam hospital.
"Tak de apa-apa lar mommy," jawab Riyaz Harfami , lemah. "Mommy, Mi nak minum. Mommy tolong belikan boleh?" pinta Riyaz Harfami . Pada mulanya, Datin Zulizah menyuruh Abbas yang membelinya tetapi Riyaz Harfami berkeras mahu ibunya yang pergi membeli minuman. Datin Zulizah segera beredar ke kafe untuk mendapatkan minuman yang dipinta Riyaz Harfami .
"What?" soal Riyaz Harfami kepada Abbas yang sedari tadi merenung dia.
"So, tell me. How did this mess end up like this?"
"Well, you know," Riyaz Harfami tidak menghabiskan ayatnya. Sudah pasti kawan baik Riyaz, Abbas tahu kenapa dia terlibat dalam kemalangan. Pasti lelaki itu mabuk malam tadi. Riyaz Harfami memang begitu. Hampir setiap malam pasti dia akan menghabiskan malamnya di kelab malam. Perempuan keliling pinggang. Mungkin sudah begitu template kehidupan anak orang kaya. Suka menghabiskan duit dengan perkara yang tidak bermoral, wanita keliling pinggang dan kencing syaitan diminum bagai jus buah penuh khasiat. Sudahnya kehidupan tunggang langgan dan pelajaran pula entah kemana. Tapi apa ada hal, duit mak bapak tak habis tujuh keturunan, jadi teruskan saja berjoli.
"Bila lah kau ni nak berubah?" soal Abbas , menggelang kepala. Matanya kini tertancap pada gelang yang dipegang Riyaz Harfami .
"Gelang perempuan mana pulak tu?" soalnya lagi.
"Yang selamatkan aku," Riyaz Harfami berterus terang. " Kalau bukan sebab dia. Aku dah takde lagi kat dunia ni. Kalau bukan dia yang tarik aku keluar , aku dah mati dalam letupan tu," terangnya lagi.
"Well, it seems like I have to thank her," ujar Abbas . "And…,"
"Abbas , aku nak minta kau carikan perempuan tu, boleh?" pinta Riyaz Harfami . Abbas mengangguk, bersetuju. "And aku rasa aku nak berubah lar," sambungnya lagi. Riyaz Harfami ingin berubah. Dia tidak mahu lagi hidupnya di penuhi perempuan dan arak. Dia ingin bertaubat. Dia pernah dihampiri ajal tatkala dia belum bersedia. Dia tidak mahu ajal menjemput dalam keadaan berdosa. Abbas bagaikan tidak percaya. Dia bersyukur rupanya kemalangan itu ada hikmahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience