BAB 7

Drama Completed 630

Malika melemparkan beg kuliahnya ke atas katil lalu merebahkan dirinya. Dia mengeluh. Kalaulah Anissa tidak mengambil kertas kerjanya tadi, sudah pasti dia dapat pergi ke majlis malam ini. Kalau dan hanya kalau. Anissa memang begitu. Sejak dari kecil lagi suka membulinya. Dia tahu dan sedar kedudukan dirinya. Dia tahu dia itu hanyalah anak tiri ibu Anissa. Semenjak kematian papanya, ibu tiri dan kakak tirinya yang pada mulanya bersikap prihatin terus bertukar watak.
Mereka sewenang-wenangnya memperlakukan dia seperti hamba. Selama ini semua kerja dan tugasan disiapkan Malika . Anissa tak pernah melakukan semuanya dengan usaha sendiri. Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya terkuak.
"Oh, Mak Mah rupanya. Ingatkan siapa tadi?" ujar Malika . Dia bingkas bangun dari katil.
"Termenung jauh nampak Cik Isya,"
"Eh, tak de lar. Cuma teringatkan assignment yang kena Isya siapkan malam ni,"
"Malam ni? Cik Isya tak pergi ke?" soal Mak Mah. Tangannya ligat menyusun pakaian yang baru sahaja selesai dilipat.
"Pergi? Pergi mana?" soalan Mak Mah tidak dijawabnya malah diajukan pula soalan lain.
"Majlis keraian tu. Cik Nissa sibuk shopping membuat persiapan tuk malam ni," Mak Mah memberitahu.
"Tak kot," balas Malika , lemah.
"Tak pe lar kalau macam tu. Mak Mah pergi dulu ya? Nak pergi masak makanan tengahari," ujar Mak Mah lalu beredar dari bilik itu.’
Huh! Malika mengeluh lagi. Majlis hari lahir Riyaz Harfami . Dia teringin sangat pergi ke majlis itu. Seumur hidupnya, dia tak pernah pergi ke majlis-majlis keraian. Ada sahaja alasan yang diberikan Anissa dan ibunya. Kesudahannya, dia tidak pernah tahu bagaimanakah rasanya pergi ke majlis keraian.

"Ko sure ke gadis yang kau cari tu akan datang malam nie?" Abbas menyoal Riyaz Harfami . Tangannya ligat menyusun buku-buku yang bertaburan di atas meja studi. ’Mamat ni pun satu. Kalau dah siap kerja tu kemas lar sikit meja ni’ gerutu Abbas .
"Apa yang kau bebelkan tu?" soal Riyaz Harfami , melabuhkan pungungnya di atas katil.
"Tak de apa-apa," Abbas mengelak. Dia kenal sangat perangai Riyaz Harfami . Riyaz Harfami tidak mungkin akan mengemaskan meja belajar sendiri kerana selama ini yang membersihkan pun adalah orang gajinya. Maklumlah, anak Datuk katakan. Atau mungkin benar dia telah berubah? Seperti yang dikatakan dulu? Mmmm.
"Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku harap sangat dia datang malam ni. Kalau boleh aku nak jumpa dia. Aku nak cakap thanks kat dia. Kalau bukan sebab dia pasti aku dah tak ada kat dunia ni," Riyaz Harfami memulakan bicara. Matanya terpejam.
"Tapi kau sendiri tak tahu siapa dia kan?" Abbas mencari kepastian.
Riyaz Harfami membuka mata. Dia bingkas bangkit lalu duduk. "Memanglah. Tapi aku tak sure sangat. Mungkin ya and mungkin tak,"
"Apa yang buat kau sure sangat gadis yang selamatkan kau tu dia?"
"Entah. Tapi instinct aku kata macam tu," Riyaz Harfami mengakhiri perbualan. Dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air meninggalkan Abbas yang sedang sibuk mengemas meja studinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience