Hampir tiap hari Pak Azim memerhati setiap seinci gerak-geri jirannya, Pak Nawil. Jarak rumah mereka yang tidak terlalu jauh memudahkan Pak Azim mengintai kelakuan aneh Pak Nawil itu.
Pak Nawil yang dulunya hanya tahu goyang kaki di pondok usangnya, hidup seperti tidak kenal mana satu rumput dan yang mana satu lalang, hanya tahu duduk tersengih seperti menadah rezeki turun dari langit kini sudah tahu ertinya hutan tebal.
Sebaik saja malam bertukar siang, sebelum terbitnya matahari Pak Nawil sehelai sepinggang keluar meninggalkan rumah dan hanya akan pulang bila malam menjemput tiba.
Pak Azim bukan mengata cuma dia curiga dengan kelakuan yang di anggap luar biasa itu.
Nak kata hidup sebatang kera, Pak Azim juga begitu. Mereka sama-sama sudah kehilangan isteri tapi beza antara mereka Pak Azim masih punya anak-anak untuk mengadu nasib.
Tiap hujung minggu, anak-anak pasti datang menjenguk atau paling tidak datang memberikan wang belanja bulanan untuk dirinya.
Bukan anak-anak tidak pernah mengajak untuk tinggal bersama tapi Pak Azim lebih suka dengan suasana kampung dari di Bandar.
Lagipun bagi Pak Azim rumah itu mencoretkan banyak kenangan bersama arwah isterinya.
Berbeza sekali dengan Pak Nawil. Dari khabar yang di dengar, anak-anak sengaja meninggalkan Pak Nawil sendirian kerana sikap keras kepalanya itu.
Dia juga susah untuk menerima pendapat orang lain malahan dengan rasa bangganya dia menghalau anak sendiri dari pangkuannya. Arwah isterinya dulu juga dikatakan banyak menderita di sebabkan sikap Pak Nawil.
Share this novel