BAB 9

Mystery & Detective Completed 1709

Tiada seorang pun yang berlari mengikut jalan yang lapang, jalan yang sudah dibersihkan oleh Pak Nawil. Masing-masing mahu menyelamatkan diri.

Makanya terjadilah kejar-mengejar diantara polis dan penjenayah di tengah hutan, di tengah kepekatan malam.

Perlahan Pak Azim keluar dari tempat persembunyiaannya. Dibawah cahaya bulan mengembang, Pak Kamil tersenyum melihat kelibat Pak Azim.

“Terima kasih Azim atas tindakan berani kau itu. Kalau bukan kerana kau kita takkan dapat menghidu perbuatan terkutuk Nawil ini. Aku tak sangka kubur ini benar-benar menjadi mangsa. Syukur mereka tidak sempat berbuat apa-apa.”

“Sama-sama Yus. Aku pun tak sangka sama sekali Nawil sanggup melakukkan ini semua. Aku juga tak terfikir dalam lamanya dia duduk di rumah, rupanya dia menyimpan rahsia yang besar.”

Mereka akhirnya bergerak bersama meninggalkan kawasan itu. Berharap agar pihak polis dapat menangkap semua mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Pagi itu, terpampang wajah Pak Nawil bersama tiga orang rakannya di akhbar. Dua orang daripadanya berjaya melarikan diri tapi masih menjadi buruan polis.

Dari cerita yang di peroleh, Pak Nawil bersama rakan-rakannya menggunakan khidmat kubur dan toyol semata-mata kerna ingin menjadi kaya. Malangnya, taktik kotor mereka itu berjaya di tumpaskan oleh Pak Azim.

Orang kampung mula bercerita, hinggakan ada yang mengutuk. Maka, secara rasminya Pak Nawil di keluarkan dan di senarai hitamkan dari menghuni kampung itu.

Setelah sekian lama kampung mereka aman, kini kampung mereka menjadi heboh semula, dan mencatat sejarah baru semula setelah sejarah lama hampir terkubur mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience