Seram pula dia melihat mata Pak Nawil yang sudah bertukar warna. Silap hari bulan, melayang parang tu nanti. Bukan dia tidak tahu orang panas baran lain sikit perangainya. Sengaja dia berkata seperti itu.
Bukan dia tidak tahu Pak Nawil langsung tidak ada hak ke atas tanah di hutan tersebut.
“Kau ikhlas ke kau perli aku Azim? Mantang-mantanglah kau cukup makan. Dah, lebih baik kau masuk rumah kau, kunci pintu rumah kuat-kuat sebelum aku naik angin. Tak payahlah kau nak jaga tepi kain aku. Sekali kau melangkah mengekori langkahku, sekali juga aku potong tengkorak kau tu!”
Pak Azim tersentak mendengar ayat terakhir itu. Dengan pantas dia melangkah ke rumah tanpa memandang wajah menyinga itu.
“Aku beri kau amaran Azim. Jaga tepi kain kau sendiri!”
Pak Azim menarik nafas panjang sebelum mengorak langkah. Dia mengurut dadanya perlahan-lahan. Sedikit ngeri pada amaran itu. Kenapa kah sebegitu marahnya Nawil?
Apa yang dibuatnya di hutan itu? Setahu aku hutan itu tak pernah di terokai oleh orang kampung sejak kisah munculnya seekor haiwan ganas yang mahu menyerang kampung ini 10 tahun yang lalu, inikan pula Pak Nawil yang tak tahu apa-apa? Pegang parang belum tentu betul.
Apa mahu Nawil sebenarnya?
Pak Azim mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mengeluh tanpa sedar. Setelah penat berfikir, akhirnya dia nekad mahu mengekori langkah Pak Nawil dalam diam.
Walaubagaimanapun, dia harus mencari stretegik yang baik sebelum bertindak melulu. Kalau tak silap hari bulan, melayang kepalanya nanti.
Apa kata aku ekori Nawil dari belakang?
Share this novel