Tiba di satu kawasan, kelihatan Pak Nawil di hadapan mula memperlahankan langkah. Berkerut dahi Pak Azim melihat di sebalik pokok besar itu sudah lapang sedikit kawasannya.
Di sebelah kiri pokok itu juga sepertinya sedang di buat jalan. Dia amat yakin Pak Nawil mempunyai motif tertentu.
“Apa di buatnya Nawil sini? Berkebun ka?” Di sebalik tempat persembunyiaannya, Pak Azim mengintai setiap tingkah Pak Nawil. Tiba-tiba dia melihat sesuatu. Melopong mulutnya untuk seketika.
“Bukankah itu kubur arwah bayi Halim dengan Candy?!”
Melayang seketika fikiran Pak Azim. Akibat dari perbuatan terkutuk Halim dan Candy, mereka mendapat anak luar nikah sebelum sempat menikah.
Oleh sebab kerana tidak tahan dengan kutukan dan cacian dari orang kampung, anak mereka yang belum sebulan lahir ke dunia menjadi mangsa.
Adam, nama bayi itu telah meninggal dunia akibat mukanya di tutupi dengan kain selimut. Oleh kerana bingung dengan status bayi itu memandangkan Candy belum memeluk islam saat anak itu lahir, makanya penduduk kampung itu bersepakat untuk mengebumikan bayi Halim dan Candy di hutan tersebut, dan bukan di kebumikan di tanah perkuburan muslim mahupun bukan muslim.
Apa sebenarnya mahu Nawil? Kenapa kubur itu di lapangkan? Mustahil keluarga Halim yang menyuruh!
Semakin banyak persoalan yang menghantui benak fikiran Pak Azim.
Dia menggeleng-geleng kepala mendengar tawa Pak Nawil yang semakin tidak tentu.
Dia segera meninggalkan lelaki itu. Tujuannya hanya satu. Mahu menemui keluarga Halim.
“Apa? Kami memang sudah lama tidak melawat kubur itu sejak Halim meninggalkan kampung ini tapi tak pernah terlintas di benak kami untuk menyuruh Nawil membersihkan kawasannya. Bukan kita tidak tahu sikap Mian macam mana!” Nyaring jeritan Pak Kamil, ayah Halim sebaik saja mendengar berita itu.
Share this novel