BAB 2

Mystery & Detective Completed 1709

Pak Nawil dulunya selalu bercita-cita mahu menjadi orang kaya, paling tidak mempunyai pangkat besar agar dia di segani oleh masyarakat, malangnya dia dengan tanpa rela hati diusir dari kampung halaman hingga akhirnya jatuh terbiar di Kampung Jalan Mati.

Tapi itu cerita 25 tahun yang lalu sebelum Pak Nawil diterima baik oleh penduduk Jalan Mati.

“Assalammualaikum Nawil. Awalnya turun rumah? Nak kemana tu?” Oleh kerana tidak dapat menahan rasa ingin tahu, Pak Azim akhirnya turun bertemu empat mata dengan Pak Nawil.

Pak Nawil yang tersengih memegang dan merasa ketajaman parang di tangannya terkejut mendengar sapaan awal pagi itu. Dia mendengus kasar. Sedikit marah bila perbuatannya itu di persoalkan.

“Salah ke kalau aku turun? Aku duduk rumah memanjang 24 jam orang kampung nak mengata, kini aku turun rumah aje kau dah naik angin ke?” Pak Nawil membalas kasar.

Pak Azim tersenyum. Sikap panas baran Pak Nawil itulah sebenarnya salah satu faktor mengapa dia tidak sahati dengan Pak Nawil walaupun mereka berjiran. Nak tegur salah, tak tegur pun salah.

Buka dia sengaja mahu menyombongkan diri pada Pak Nawil tapi Pak Nawil yang ingin mula dahulu. Tua-tua kerepot tapi masih tidak berubah.

“Tak adalah Nawil. Aku cuma nak tanya aje. Maklumlah sejak tiga hari ni aku tengok kau rajin benar ke hutan? Kau buat apa ke sana? Berkebun? Cari kayu api ke?”

Membuntang mata Pak Nawil mendengar pertanyaan panjang itu.

“Macam mana kau tahu aku ke hutan? Kau mengintai ke?” Marah Pak Nawil. Dia menggengam erat parang di tangan. Pak Azim cepat-cepat melangkah setapak ke belakang.

“Ehh… tak adalah Nawil. Aku tanya aje. Aku tengok kau sudah rajin turun sekarang. Aku tahulah sebab arah kau kan selalu ke hutan sana. Kalau kau berniat mahu berkebun kat hutan tu, aku ingat nak ikut sekali. Lagipun aku kat rumah tak buat apa-apa juga.” Pak Azim cepat-cepat bertindak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience