BAB 7

Mystery & Detective Completed 1709

Akibat dari penemuan itu, Pak Azim semakin kuat mengawasi Pak Nawil. Siang malam dia cuba mencari maklumat.

Maskipun dia sudah di berikan amaran tapi dia tetap nekad. Dia tidak sanggup bila keamanan kampung di cemari olah perbuatan khianat dari Pak Nawil.

Suatu malam ketika malam purnama, akhirnya penantian Pak Azim membuahkan hasil.

Dia segera memasang telinga bila mendengar bunyi orang berbisik dari rumah sebelah. Kebetulan rumahnya sentiasa bergelap jika dia sudah tidur.

“Kau yakin ke tiada yang tahu benda ni Nawil?” Kedengaran suara itu berbisik satu dengan yang lain. Suara itu juga jelas kedengaran dari halaman dan bukannya dari dalam rumah.

“Aku tahulah. Azim kalau tak tidur lagi takkan mati lampu. Bertahun aku hidup dengan dia. Korang janganlah risau. Dah jom jalan. Dah nak tengah malam ni.”

Pak Azim menahan nafas. Dalam gelap dia mencari telefon. Sebaik sahaja suara bisikan itu hilang, dia memberanikan diri menghubungi Pak Kamil, tapi penggilannya itu tidak berjawab. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan SMS untuk lelaki itu.

“Aku yakin mesti ada yang tak kena ni. Aku tahu mereka pasti nak ke hutan. Aku ikut!”

Dalam kepekatan malam, Pak Azim melangkah mengekori kumpulan Pak Nawil. Dari suara bisikan itu, mereka bukan berdua atau bertiga tapi mereka ramai. Apa benar tekaan Mira dulu? Dengan hanya di terangi cahaya bulan, Pak Azim meneruskan langkah. Mujur matanya belum rabun.

“Ya ALLAH… selamatkanlah hambamu ini.” Pak Azim tidak henti-henti berdoa. Berharap agar Kamil menerima SMS yang dikirimnya tadi sebelum meninggalkan rumah.

Sebalik saja sampai di tengah-tengah hutan itu, Pak Azim segera bersembunyi di sebalik rimbunan pokok-pokok rendang di sebelah pokok besar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience