Tertunduk-tunduk kepala Pak Azim.
“Buat apakah Nawil ke sana? Buat apa dia membersihkan kubur itu?”
Persoalan Pak Kamil hanya di jawab dengan gelenggan kepala. Pak Azim hanya memberikan pandangan kosong. Dia juga sebenarnya masih bingung.
“Atok, dia nak baca-baca tak?” Mira, cucu Pak Kamil mencelah. Pantas Pak Kamil dan Pak Azim berbalas pandang. Mira, budak seumur 8 tahun bukan boleh dipercayai sangat.
“Baca-baca?”
“Yalah. Macam kat tv tu. Baca-baca. Maksud mira mentera.”
Molopong Pak Kamil mendengarnya. Mentera? Adakah Nawil bersikap busuk seperti itu?
“Masih adakah orang seperti itu sekarang? Tahukan Nawil nak melakukkan perkara seperti itu?”
“Tak apalah Yus. Macam ni la. Sebenarnya aku pun masih bingung dengan hal ini. Memandangkan rumah aku dekat dengan rumah Nawil, nanti aku akan terus awasi dia. Kalau ada apa-apa aku beritahu kau lagi. Paling tidak aku telefon kau nanti.” Ujar Pak Azim.
Pak Kamil hanya manganggukkan kepala. Meskipun kerana arwah bayi itu dia mendapat malu besar tapi dia takkan lepas tangan bila arwah itu di peralatkan. Dia masih punya perasaan.
“Baiklah Azim. Terima kasih atas maklumat ini dan aku sangat hargai jasa baik kau.”
Pak Azim hanya tersenyum. Sebagai masyarakat kampung yang hidup tolong menolong, dia memang wajar melakukkan perkara itu. Sedikitpun tidak terniat di hati mahu menjaga tepi kain orang.
Share this novel