Mesti tapak kaki Nawil masih jelas kelihatan di waktu pagi sebelum matahari muncul. Paling tidak aku tahu di mana perginya Nawil nanti, getus hati ingin tahu Pak Azim.
Pak Azim kemudiannya ke belakang, mencari kain buruk miliknya yang tak pernah dilihat oleh Pak Nawil. Kemudian dia mencari penutup kepala lalu di sarungkan ke kepalanya.
Dia mencuba-cuba pakaian itu sebelum di bawa ke bilik. Lepas solat subuh nanti aku bersiaplah, bisik Pak Azim sendirian.
Dia membuka pintu seluas-luasnya, mahu menghirup udara segar. Tak sabar menanti hati esok.
Seperti yang di rancang, Pak Azim dengan penuh berhati-hati mengekori langkah Pak Nawil dari belakang.
Penuh teliti dia memijak daun rumput takut tersalah langkah. Sesekali dia mendengar suara tawa aneh Pak Nawil. Sesekali dia tersengih, kemudian ketawa sendirian.
“Heehhheee…. Heeehhhh!!!”
Bunyi hilaian tawa itu menaikkan bulu roma Pak Azim. Cepat-cepat dia beristighfar menahan rasa di dada.
Sesekali dia membongkok, membetulkan topi di kepala agar ia selalu menutupi segenap wajahnya. Nafasnya turun naik, menahan debar di dada.
“Kemana kah sebenarnya Nawil nak pergi ni? Sudah setengah jam melangkah.” Bisik hati Pak Azim.
Kawasan sekeliling yang sunyi sepi, sesekali kedengaran bunyi aneh menambahkan rasa di hati Pak Azim.
Nak kata takut tidak juga sebab dia sudah biasan dengan suasana hutan. Dia cuma risau kalau-kalau muncul binatang buas di hadapannya.
Share this novel