BAB 1

Romance Series 40224

Hafiz tercungap-cungap. Dia meraup wajahnya. Seluruh badannya berpeluh. Dia mimpi lagi! Walaupun bukan bermimpi ngeri namun mimpi ini amat mengganggu tidurnya. Mimpi yang pasti akan mengejutkannya dari lena. Mimpi tentang seorang gadis. Dia memandang sekeliling bilik tidurnya.

Semua rakan sebiliknya sedang enak dibuai mimpi masing- masing. Hanya tinggal dia sahaja kini yang terpinga- pinga dan termangu sendiri. Masih memikirkan mimpinya tadi. Mimpi yang sungguh misteri, semisteri gadis yang muncul dalam mimpinya.

“Kenapa aku asyik mimpikan perempuan tu je?” Hafiz bermonolog.

“Perempuan mana?” Soal Wan tiba- tiba. Hafiz memandang ke arah Wan dan dua lagi rakannya yang turut sedang memandang ke arahnya. Alamak, dia terlepas cakap. Ingatkan hanya bermonolog dalam hati.

“Errm…Tak ada apa la…” Hafiz cuba menutup rahsianya. Dilihat rakan- rakannya percaya kerana mereka kembali menyambung perbualan mereka yang tidak diambil peduli oleh Hafiz sejak awal lagi. Dia lebih berminat untuk memikirkan mimpinya sendiri.

“Siapa dia sebenarnya?” Sekali lagi pandangan tertumpu ke arahnya. Hafiz tidak sedar monolognya sekali lagi didengari oleh rakan- rakannya dek kerana asyik melayan perasaan.

“Kau cakap pasal apa sebenarnya ni Peace?” Tanya Wan lagi apabila mendapati rakannya itu seperti mempunyai masalah. Namun Hafiz hanya menggeleng sambil tersenyum kelat. Masih cuba berahsia.

“Habis tu dari tadi kitorang dengar kau cakap benda bukan- bukan? Takkan tak ada apa- apa? Cuba cakap, kalau ada masalah.” Suruh Helmy pula. Hafiz sedar rakan- rakan karibnya itu memang prihatin mengenai dirinya.

Hafiz teragak- agak untuk bercerita. Takut juga ditertawakan. Namun bukan mudah untuk menyimpan rahsia daripada mereka semua. Mereka pasti akan mengorek sehingga ke lubang tikus sekalipun.

“Tak ada, sejak kebelakangan ni aku selalu mimpi. Mimpi yang sama pulak tu, dan setiap kali aku mimpi aku akan terjaga lepas tu susah nak tidur balik.” Adu Hafiz.

“Mimpi apa Peace? Mimpi seram ke?” Soal Fadhli pula. Hafiz menggeleng. Ketiga- tiga rakannya itu nampak berminat untuk mendengar ceritanya. Ada yang siap menompang dagu lagi menunggu Hafiz menyambung ceritanya.

“Habis, kalau bukan mimpi hantu, mimpi apa? Takkan mimpi basah pulak?” Ujar Wan berjenaka disambut tawa rakan- rakannya.

“Memang mimpi basah,” Hafiz sengaja mengenakan kawan- kawannya. Dilihat mereka semakin galak untuk mendengar.

“Mimpi basah wei? Best la kau, usia- usia gini pun mimpi gitu lagi.” Kata Fadhli sambil tersenyum nakal.

“Memang mimpi basah, setiap kali mimpi, aku sampai berpeluh- peluh.” Seloroh Hafiz lalu ketawa.

“Hish, kau ni betul- betullah cakap!” Marah Wan.

“Ntah, aku ingat betullah kau mimpi basah. Spoil la!” Marah Helmy pula.

“Ni lagi teruk dari mimpi basah okey,”

“Yelah, mimpi apa?” Ujar mereka bertiga serentak.

“Aku mimpi seorang perempuan.”

“Ha’alah, aku pun selalu mimpi perempuan. Tak kecoh pun. Yang kau nervous tak tentu pasal ni kenapa?” Aju Fadhli.

“Tapi mimpi aku ni lain. Perempuan tu masuk dalam mimpi aku setiap malam, lepas tu aku akan terjaga sampailah pagi,” cerita Hafiz.

“Alah, mimpi tu kan mainan tidur. Tak payah fikir sangatlah.” Helmy mengingatkan rakannya itu.

“Memang mainan tidur, masalahnya aku dah mimpikan perempuan tu dah seminggu lebih. Takkan mainan tidur jugak kot?”

“Maybe perempuan tu jodoh kau tak?” Teka Wan.

“Takkan lah, aku kenal dia pun tak…” Balas Hafiz, namun antara yakin dengan tidak.

“Kau langsung tak pernah nampak ke perempuan tu?” Aju Fadhli pula.

“Tak.” Jawab Hafiz sepatah, namun menggeleng laju.

“Alah, jodoh ni datang dalam macam- macam cara kau tahu tak? Boleh jadi ni sign untuk kau.” Suara Wan lagi. Kata- katanya itu mendapat tumpuan rakan- rakannya.

“Ye ke? Habis tu, aku nak buat apa sekarang ni?”

“Buat bodoh je,” sampuk Helmy bersahaja. Fadhli di sebelahnya hanya tertawa.

“Ish, kau ni main- main lah My. Takkan lah aku nak buat bodoh je. Kau tahu tak, pasal perempuan tu, seminggu lebih ni aku tak cukup tidur?” Adu Hafiz. Memang benar, semenjak dia mendapat mimpi aneh itu, dia tampak tak bermaya di pagi hari kerana kurang tidur. Sehingga adakalanya dia terlelap di dalam kelas.

“Alah, jangan fikirkan sangatlah. Lama- lama nanti hilanglah mimpi kau tu.” Pujuk Fadhli, cuba memberi semangat kepada Hafiz. Hafiz melepaskan keluhan berat.

“Astaghfirullahhalazim….” Hafiz beristighfar. Sekali lagi dia mengalami mimpi yang sama dan terjaga dari tidurnya.

Hafiz benar- benar tidak faham apa sebenarnya yang menimpa dirinya kala ini. Mengapa mimpi ini mengganggu tidurnya saban malam? Siapa gadis yang muncul setiap malam itu?

Setiap malam, seorang gadis cantik akan menjelma dalam mimpinya. Gadis itu datang kepadanya sambil tersenyum manis. Lalu gadis itu ketawa riang dan melambai- lambai ke arahnya. Namun, apabila Hafiz cuba untuk menghampiri gadis itu, gadis itu kemudian berlari meninggalkannya. Dan setiap kali itu dia akan terjaga.

Wajah gadis itu memang jelas kelihatan, namun Hafiz tidak dapat mengecam siapakah gerangan empunya wajah. Wajah gadis itu kini benar- benar menghantui dirinya.

Hafiz lalu bangun ke bilik air. Dia mengambil wudhu’ lalu menunaikan solat sunat seperti biasa. Seperti setiap malam yang dilakukannya sejurus selepas terjaga dari mimpinya.

Kalau ingin difikirkan mengenai mimpinya itu, memang pening. Namun Hafiz merasakan ada hikmahnya juga dia terjaga setiap malam, dapat juga melakukan ibadah sunat dan seterusnya mengulangkaji pelajaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience