BAB 9

Romance Series 40224

Raz Azminda merenung telefon bimbitnya. Sudah beberapa hari dia tidak menerima panggilan dari Hafiz, apatah lagi berjumpa dengan lelaki itu. Hafiz seolah- olah menghilangkan diri dari hidupnya setelah kejadian tempoh hari. Dia tahu, Hafiz kecewa dengan dirinya. Dia sudah memperlekehkan Hafiz di depan Tania dan Ilya.

Perbuatannya itu memang melampau dan dia sendiri sudah menerima hukumannya. Tania dan Ilya pula tidak habis- habis ingin mengutuk Hafiz. Dia tidak tahan apabila setiap kali mendengar Tania dan Ilya mempersendakan fizikal Hafiz. Hafiz yang dikutuk dan diketawakan, tapi anehnya dia yang terasa pedihnya. Sehinggalah tengah hari tadi, dia tidak dapat mengawal emosinya lalu menghamburkan semuanya keluar.

“Yes, he’s fat! But what’s wrong with that? Lelaki gemuk yang korang kutuk- kutuk tu ada perasaan tau tak? Korang jangan sesuka hati nak kutuk dia lagi!” Raz Azminda memberi amaran. Marah benar rasa hatinya.

“Hey, kenapa dengan you ni Raz? Kenapa tiba- tiba you nak back-up mamat tu pulak?” Soal Tania. Dia pelik melihat reaksi Raz Azminda yang tiba- tiba mengamuk.

“Because he is my boyfriend! And I wont let anybody hurt him anymore!” Balas Raz Azminda tanpa mahu berselindung lagi. Biarlah, dia sudah tidak kisah. Dia mahu Tania dan Ilya mengetahuinya. Tidak sanggup lagi rasanya merahsiakan perkara itu dari mereka. Tania dan Ilya pula sudah terlopong mendengar pengakuan Raz Azminda itu. Mereka seakan- akan tidak percaya.

Raz Azminda kesal dengan apa yang berlaku. Sejak berjauhan dengan Hafiz, dia dibelenggu rasa- rasa aneh. Rasa yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Seluruh tubuhnya terasa seperti diserang virus. ‘Virus Hafiz’ mungkin.

Telinganya ingin benar mendengar suara Hafiz, matanya mahu melihat wajah hafiz, tangannya terasa mahu menggapai Hafiz, kakinya mahu melangkah ke sisi Hafiz dan hatinya… hatinya pula seakan mahu terbang mencari hati Hafiz dan bersatu dengan hati lelaki itu.

Namun egonya seakan tidak merelakan. Beberapa kali dia telah mencuba untuk menghubungi lelaki itu, tetapi dibatalkan niatnya setiap kali dia mendail nombor Hafiz. Beberapa kali juga dia mahu ke fakulti Hafiz mencari lelaki itu, tetapi setiap kali itu juga dia berpatah balik. Terasa dirinya tidak mampu untuk melakukannya. Dia takut, takut Hafiz akan menolaknya.

Tetapi kini digagahkan juga dirinya untuk menghubungi Hafiz. Mahu tidak mahu, dia harus berbuat sesuatu. Raz Azminda menekan butang 1 di telefon bimbitnya membuat speed dial ke nombor Hafiz. dia menunggu beberapa saat. Tiada jawapan. Dia hampa.

“Takkan call aku pun dia dah tak nak angkat?” Raz Azminda berkata perlahan. Air matanya mengalir ke pipi. Untuk keberapa kalinya dia menangis lagi. Selama beberapa hari ini, hanya air matanya sahajalah yang setia menemaninya. Dia terasa sakit. Mengapa dia harus mengalami perasaan aneh seperti ini? Mengapa dia rasa begitu takut kehilangan Hafiz? Cintakah dia pada lelaki itu?

Raz Azminda menyapu air matanya. Dia tidak mahu mengaku kalah. Esok dia akan mencari Hafiz. Apa nak jadi pun jadilah! Dia harus menyelesaikan masalah perasaannya ini! Raz Azminda tekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience