BAB 10

Romance Series 40224

Raz Azminda melihat kelibat Hafiz dari jauh. Lambat- lambat dia mengatur langkah menuju ke arah Hafiz. Hatinya berasa tidak keruan. Seluruh badannya seperti bergetar. Kini kakinya berhenti melangkah beberapa tapak dari tempat Hafiz berdiri membelakanginya. Rakan- rakan Hafiz yang berada di situ tertegun melihat Raz Azminda. Namun Hafiz masih belum menyedari kehadirannya di situ.

“Hafiz…” Panggil Raz Azminda perlahan. Hafiz yang mendengar namanya dipanggil menoleh. Hafiz terpaku sebentar. Raz Azminda mengukir senyum kecil melihat wajah lelaki itu buat kesekian kalinya. Wajah itu amat dirinduinya. Wan, Helmy dan Fadhli sudah pun beredar meninggalkan ruang kepada mereka berdua.

Hafiz hanya diam memandang wajah gadis di hadapannya itu. Senyum tidak masam pun tidak. Riaknya mengalahkan dia tidak mengenali Raz Azminda. Ini membuatkan Raz Azminda serba salah hendak menuturkan kata.

“Err…emm…” Raz Azminda terketar- ketar mahu meneruskan kata.

“Hmm…nak apa carik budak gemuk ni?” Soal Hafiz sinis. Suaranya agak kasar membuatkan Raz Azminda terkedu. Tidak pernah Hafiz bersuara begitu dengannya.

“Hafiz, I …ermm…saya nak mintak maaf. Saya tahu saya salah, saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak.” Tutur Raz Azminda. Bahasanya sudah ditukar, dari I ke saya mengikut cara Hafiz. Air matanya pula mula mengalir. Dia malu menangis begitu di hadapan Hafiz, tetapi dia lagi sedih jika lelaki itu tidak mahu memaafkannya memandangkan lelaki itu langsung tidak membalas apa- apa melainkan hanya merenungnya dari tadi.

“Tak payahlah mintak maaf, saya sedar siapa saya. Dahlah gemuk, tak handsome pulak tu. Tempoh masa yang awak bagi tu pun tinggal berapa hari je lagi. Kalau awak nak batalkan pun saya tak kisah.” Akhirnya Hafiz bersuara. Kata- katanya cukup memedihkan hati Raz Azminda.

“Janganlah cakap macam tu Hafiz, saya langsung tak berniat nak kata awak macam tu hari tu. Saya mengaku saya salah, tolonglah maafkan saya…” Pinta Raz Azminda. Sendunya semakin kuat. Dia mula teresak- esak menangis. Tidak menghiraukan orang yang lalu lalang memerhatikan mereka. Kali ini terasa dia seperti benar- benar sedang membuat pengambaran filem.

Hafiz diam lagi tidak menjawab. Dia hanya memandang tajam wajah Raz Azminda. Tiba- tiba dia menguntum senyum dan akhirnya ketawanya pecah. Raz Azminda hairan melihat reaksi Hafiz. Dahinya berkerut.

“Dahlah Raz, tak payah nak drama sangat. Drama queen jugak awak ni ye?” Kata Hafiz.

“Siapa yang berdrama? Saya memang betul- betul sedih ni.” Beritahu Raz Azminda. Dia masih lagi teresak- esak menahan tangisnya.

“Ye ke? Tak ada lah, saya gurau jelah. Saya tak marah dekat awak pun.” Kata Hafiz lagi. Raz Azminda memandangnya tidak percaya. Benarkah kata- kata Hafiz itu?

Memang Hafiz tidak marah pada Raz Azminda, dia hanya sengaja ingin menduga gadis itu tadi.

“Jadi, awak dah maafkan saya?” soal Raz Azminda. Nadanya berunsur gembira.

“Maafkan apa pulak? Saya tak marah pun lah. Saja je nak gurau- gurau dengan awak. Dah lama saya tak kacau awak kan?” Balas Hafiz lalu ketawa lagi.

“Ye ke? Tapi hari tu bukan main lagi awak lempar barang- barang saya. Macam marah sangat je?” Aju Raz Azminda tidak puas hati. Bukan boleh percaya sangat kata- kata Hafiz itu. Mungkin lelaki itu memang masih marah.

“Dah awak nak berlakon sangat depan kawan- kawan awak. Saya pun berlakonlah sekali.” Ujar Hafiz lalu tersenyum bersahaja. Raz Azminda buat muka pelik. Betul ke Hafiz hanya berlakon? Realnya!

“Yelah tu, kalau awak tak marahkan saya, kenapa awak tak datang jumpa saya beberapa hari ni?” Raz Azminda bertanya lagi. Hafiz mula tersenyum.

“Rindulah tu! Tak adalah, saya sibuk sikit siapkan final assignment saya. Semalam baru siap. Tu yang awak call semalam pun saya tak dapat angkat. Karang kalau saya dah cakap dengan awak, saya tak nak buat kerja lain dah. Nanti kalau saya fail dan tak dapat kerja bagus- bagus, macam mana nak tanggung awak? Awak tu dah lah hantu shopping!” Jelas Hafiz. Dia masih sempat mengusik Raz Azminda membuatkan gadis itu tersipu- sipu malu.

Raz Azminda mengesat air matanya. Hafiz memandang wajah Raz Azminda. Tidak sangka gadis itu sanggup menangis kerananya. Sayang juga gadis itu padanya. Dia pasti Raz Azminda juga mempunyai perasaan yang sama dengannya .

Hafiz tersenyum kecil memandang gadis di hadapannya. “Saya ingat, awak yang dah tak nak jadi girlfriend saya lagi?” Duga Hafiz pula membuatkan senyuman Raz Azminda mati.

“Sebenarnya, saya memang dah tak nak jadi girlfriend awak lagi.”

“Hah? Laa…kenapa pulak?”

“Sebab… saya rasa, saya memang tercipta dari tulang rusuk awak…” Hafiz mengerutkan dahi. Raz Azminda menarik nafas dalam- dalam sebelum meneruskan kata- katanya.

“Hafiz, sudi tak awak menjadi suami saya?” Tutur Raz Azminda tanpa ragu- ragu. Tangan Hafiz dicapai. Hafiz merasa seolah- olah tidak bernafas. Matanya terbuntang tidak berkedip memandang wajah Raz Azminda. Wajah Hafiz tika itu seolah- olah telah tercekik tulang.

Lama mereka hanya berpandangan sesama sendiri sebelum Raz Azminda bersuara semula. “Hafiz, Sudi tak awak jadikan saya milik awak?” Tutur Raz Azminda lagi. Namun Hafiz masih lagi diam. Tangan Hafiz yang berada dalam genggamannya digoncang membuatkan Hafiz seakan- akan baru tersedar.

“Ehh… mestilah sudi! Gila tak sudi? Raz Azminda Tan Sri Razlan kot.” Balas Hafiz membuatkan kedua- duanya tertawa. Mereka saling berpandangan. Masing- masing memikirkan yang mereka tidak sangka akan berjodoh antara satu sama lain. Inilah kuasa Tuhan. Hafiz bersyukur kerana jodohnya Raz Azminda, gadis yang dimimpikannya selama ini. Terasa doa dan istikharahnya selama ini sudah di beri jawapan oleh Allah.

Begitu juga dengan Raz Azminda, dia amat bersyukur dipertemukan dengan Hafiz. Lelaki itu telah banyak mengajarnya erti kehidupan dan telah berjaya mengubahnya. Dia tidak kisah jika mereka dikatakan tidak sepadan kerana dia berpegang kuat pada kata- kata Hafiz dahulu.

“Jodoh itu tidak mengira sepadan atau tidak, setaraf atau tidak, sama cantik atau tidak. Kalau dah tertulis jodoh mereka, pasti mereka akan bersama juga.” Dan Raz Azminda telah pun menerima Hafiz seadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience