BAB 6

Romance Series 40224

“What, naik motor ni? No way!” Bentak Raz Azminda. Bengang betul dirinya apabila melihat Hafiz datang menjemputnya dengan menaiki motor hari itu. Menyesal dia bersetuju!

“Alaa..kenapa? Naik motor okey apa? Berangin…” Sela Hafiz lalu tersengih.

“Seumur hidup I, I tak pernah naik motor okey? Apatah lagi motor kapcai macam ni!”

“Haa… ni lah masanya nak pecahkan record.”

“Tak nak. I nak naik kereta, mana kereta you?”

“Kawan saya pinjam, dia ada emergency. Jadi saya pinjam motor dia ni.” Bohong Hafiz. Padahal dia yang menawarkan keretanya pada Fadhli dan ingin meminjam motor rakannya itu semata- mata untuk menghantar Raz Azminda pulang hari itu.

Hafiz menghulurkan topi keledar kepada Raz Azminda. Lama barulah disambut oleh gadis itu. Mahu tidak mahu, Raz Azminda terpaksa juga mengikut kata- kata Hafiz itu walaupun hatinya geram bukan main.

Terkial- kial tangannya memakai topi keledar itu membuatkan Hafiz ketawa geli hati. Hafiz turun dari motor dan berdiri berhadapan dengan Raz Azminda. Dia membantu memakaikan topi keledar untuk Raz Azminda. Raz Azminda terpaku seketika. Dia suka dengan tindakan Hafiz itu. Kind of gentleman!

Walaupun Hafiz tidak menunggang laju, Raz Azminda tetap kecut perut membonceng di belakang. Maklum sahaja, pertama kali membonceng motosikal. Dia memaut kuat pada jaket yang dipakai Hafiz membuatkan lelaki itu seperti tertarik ke belakang.

Raz Azminda cepat- cepat turun dari motor sebaik sahaja Hafiz memberhentikan motor di hadapan pagar rumahnya. Dia menarik nafas panjang beberapa kali. Seksa benar rasanya beberapa minit di atas motor bersama Hafiz sebentar tadi.

“Lain kali, kalau you bawak motor ni lagi, I tak nak keluar dengan you!” Marah Raz Azminda. Suaranya meninggi membuatkan beberapa orang bodyguard yang mengawal di depan pagar rumahnya terjengah- jengah ke arah mereka berdua.

“Ni awak marah ke ni?” Hafiz bertanya sambil tersengih.

“Tak lah, suka! Can’t you see it? Of course I tengah marah!” Bentak Raz Azminda.

“Bukan apa, saya macam confuse. Awak marah pun still cantik.” Puji Hafiz lalu tersenyum nakal.

Raz Azminda terpempan. Tidak sangka Hafiz memujinya saat itu. Hatinya tiba- tiba berasa sejuk. Senyum yang sedikit terukir cepat- cepat disorok.

“Masuk dulu!” Kata Raz Azminda lalu berpaling hendak masuk ke dalam rumahnya.

“Ehh… takkan nak masuk dah?” Tahan Hafiz tiba- tiba.

“Habis tu, you nak apa lagi?”

“Tak cakap terima kasih?”

“Terima Kasih!” Ucap Raz Azminda dan berpaling.

“Tak nak pulangkan helmet tu?”

Raz Azminda meraba kepalanya yang masih bertopi keledar. Dia malu sendiri. Segera dia menuju ke arah Hafiz semula mahu meminta bantuan lelaki itu menanggalkannya berikutan sebelum ini dia gagal melakukannya sendiri.

“Alala manjanya…” Usik Hafiz sambil ketawa. Hafiz sengaja menanggalkan topi keledar itu dengan sedikit kasar membuatkan Raz Azminda terasa seperti kepalanya mahu tercabut.

“Hafiz!” Raz Azminda terjerit kecil memanggil nama lelaki itu. Hafiz ketawa lagi. Raz Azminda sudah membuntang. Lengan lelaki itu ditumbuk membuatkan Hafiz pula terjerit kecil mengaduh kesakitan.

“Padan muka!” Raz Azminda terus berpaling menuju ke perkarangan rumahnya dengan wajah yang masam. Namun tidak lama, dia akhirnya menguntum senyum. Sekali lagi Hafiz terlepas melihat senyumannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience