BAB 8

Romance Series 40224

Hari ini Hafiz menemani Raz Azminda membeli- belah. Hampir setiap kedai dalam pusat membeli- belah itu telah disinggah oleh Raz Azminda dan jarang gadis itu keluar dengan tangan kosong. Namun ianya seolah- olah masih tidak cukup buat anak jutawan ini.

Hafiz pula sudah kelihatan seperti dahan pokok krismas. Di tangannya penuh dengan beg- beg yang berisi barangan yang diborong Raz Azminda. Nafsu membeli- belah gadis itu sudah berada di tahap yang kronik.

“Sayang, tak cukup lagi ke barang yang awak beli ni?” Soal Hafiz. Kaki dan tangannya terasa sudah mahu tercabut, berjalan dan memegang barang.

Raz Azminda menoleh ke arah Hafiz yang tertinggal di belakangnya sambil mencebik. “Don’t call me that, it’s annoying!” Luah Raz Azminda seperti setiap kali dia dipanggil begitu oleh Hafiz.

“Kenapa? Saya panggil darling awak marah, sayang pun awak tak suka. Orang lain suka je kena panggil macam tu,”

“Itu orang lain, I ni Raz Azminda Tan Sri Razlan. Tak sama okey?”

“Baiklah Raz Azminda Tan Sri Razlan, marilah kita balik. Saya dah tak larat bawak barang- barang awak ni.” Pinta Hafiz lalu dia berpaling mahu pulang. Segera Raz Azminda memintasnya.

“Alah Hafiz, tunggulah sekejap. Saya tak habis lagi ni. Sikit je lagi okey?” Raz Azminda bersuara manja. Sengaja dia memaut lengan Hafiz.

“Okey. But this is last one, okay? Saya dah tak tahan dah ni.” Hafiz mengalah. Sengaja dia mahu memberi muka kepada Raz Azminda. Dia suka bila Raz Azminda bermanja dengannya begitu. Raz Azminda tersenyum gembira.

“Oh my God. I’m not gonna believe this!” Kata Tania yang tiba- tiba terpacak di hadapan mereka berdua. Terkejut Raz Azminda melihat Tania dan Ilya yang muncul entah dari mana.

“Tania, Ilya…guys…what are you guys doing here?” Soal Raz Azminda. Dia sudah tidak tentu arah. Tidak sangka akhirnya dia ‘ditangkap’ oleh kedua- dua rakannya ini setelah selama ini rahsianya disimpan baik.

“We’re shopping, and you?” Tania menjawab dan menyoal kembali. Wajahnya jelas dengan riak tidak senang terhadap apa yang dilihatnya kini.

“I’m shopping too…” Raz Azminda cuba bersikap tenang.

“With this guy?” Soal Ilya pula. Hafiz dipandangnya atas dan bawah.

“What is wrong with you Raz? Kenapa you keluar dengan lelaki gemuk ni? Are you out of your mind? He’s not even your type!” Serbu Tania tanpa menunggu penjelasan Raz Azminda.

“Yeah…What have you think?” Sampuk Ilya pula. Raz Azminda sudah terkulat- kulat sendiri. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Dia memandang wajah Hafiz saat itu. Lelaki itu juga memandangnya dengan riak tidak bersalah.

“Look guys, this is not like both of you think okay. I memang pergi shopping, tapi bukan dengan dia.” Raz Azminda cuba berbohong. Tania dan Ilya hanya diam menunggu penjelasan selanjutnya.

“I jatuh tadi, kebetulan dia ada dekat sini. Dia tolong angkat barang- barang I.” Hafiz diam memandang Raz Azminda. Tidak sangka Raz Azminda berbohong. Mengapa gadis itu tidak mahu mengaku mereka keluar bersama? Hina sangatkah dirinya?

“Betul ke Raz? Atau you cuba tipu kitorang?” Tanya Tania lagi masih tidak berpuas hati. Raz Azminda melihat wajah Hafiz. Kemudian matanya beralih memandang ke arah Tania dan Ilya silih berganti. Ketiga- tiga pasang mata itu turut memandang ke arahnya. Dia mula rasa bersalah, namun dia terpaksa.

“Betul la, takkan I nak tipu pulak? Well, betullah macam you cakap. Takkan I nak keluar dengan dia kot? I mean look at him… you know me right? Ohh… I’m not going out with someone like him. It just… so not me okay…Well I’m Raz Azminda Tan Sri Razlan remember?” Terketar- ketar Raz Azminda melafazkan kata- kata itu. Langsung dia tidak memandang wajah Hafiz. Takut.

“Well, betul jugak cakap you tu kan? Takkan you tergamak nak malukan diri you keluar dengan lelaki macam dia ni,” Sekali lagi Tania memanah kata- katanya. Raz Azminda terasa peritnya. Mendengarkan kata- kata Tania itu, Hafiz menghempaskan semua beg- beg yang bergayut di tangannya ke lantai. Habis bertaburan barang- barang yang dibeli Raz Azminda tadi. Terkejut Raz Azminda melihat reaksi Hafiz itu. Tania dan Ilya juga melihat dengan wajah aneh.

Saat itu, Hafiz seperti dapat merasakan hatinya turut berterabur bersama barang- barang kepunyaan Raz Azminda. Dia terus berpaling dan berlalu meninggalkan ketiga- tiga gadis sombong itu tanpa menoleh lagi.

Raz Azminda terasa mahu menangis, namun air matanya seolah- olah tidak mahu keluar. Dia mahu mengejar langkah Hafiz, namun kakinya kaku. Dia hanya mampu memandang Hafiz berlalu. Dia telah mengecewakan hati lelaki itu tanpa sedikit pun dia rela.

“Euu…psycho!” Luah Ilya. Raz Azminda memandang wajah Ilya dan Tania yang masih memandang ke arah Hafiz.

“Well, kebetulan you dah ada dekat sini, jom hang out?” Ajak Tania apabila kelibat Hafiz sudah hilang.

“Yelah, dah lama kita tak chill together. You pun asyik sibuk je kan?” Setuju Ilya pula. Memang mereka sudah lama tidak meluangkan masa bersama kerana Raz Azminda lebih suka menghabiskan masa bersama Hafiz.

“Jomlah…” Ajak Tania lagi lalu menarik tangan Raz Azminda. Dia dan Ilya membantu mengemas dan membawa barang- barang Raz Azminda yang bertaburan tadi. Raz Azminda mengekori langkah Tania dan Ilya. Dia menoleh sekali lagi ke arah Hafiz berlalu tadi walaupun dia tahu Hafiz sudah tidak berada di situ. ‘Maafkan aku Hafiz…’Bisik Hati Raz Azminda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience