BAB 5

Romance Series 40224

“Hello…” Sapa Raz Azminda sebaik dia menjawab telefonnya.

“Assalamualaikum…” Sapa suara di hujung talian pula. Raz Azminda berdehem kecil sebaik mendengar suara itu.

“Waalaikumsalam…”

“Awak buat apa tu? Dah mandi ke?” Raz Azminda mencebik. Tak ada soalan lain ke?

“You call ni semata- mata nak tanya I dah mandi atau belum ke?” Marah Raz Azminda. Kedengaran Hafiz ketawa di hujung talian.

“Tak adalah, tu muqaddimah je. Sebenarnya saya nak ucap terima kasih kerana sudi terima saya.” Ucap Hafiz. Nadanya cukup gembira.

“I terima you pun bersyaratkan?” Raz Azminda mengingatkan Hafiz.

“Ye, tapi saya akan pastikan, awak akan mengalami tempoh waktu yang indah bersama saya.” Hafiz berjanji dan kata- katanya itu membuatkan Raz Azminda mengukir senyum. Sayang Hafiz tidak dapat melihatnya.

“Jadi sebagai aktiviti pertama kita sebagai boyfriend dan girlfriend, esok saya nak jemput awak balik dari kelas, okey? Jadi esok awak tak payah lah drive.” Hafiz berpesan. Dia sudah merancang sesuatu untuk gadis yang baru sahaja menjadi kekasihnya itu.

“Hmm..okey, esok I habis pukul 1. I tunggu depan fakulti. Jangan lambat pulak!” Ujar Raz Azminda memberi amaran.

“Baik darling!” Jawab Hafiz lalu tertawa sedangkan Raz Azminda sudah mencebik di hujung sana.

“Euu…don’t call me that!” Bentak Raz Azminda.

“Kenapa pulak? Kan awak dah jadi girlfriend saya? Sedap apa panggil macam tu?”

“I tak suka! Jangan panggil macam tu lagi!” Raz Azminda memberi amaran lagi. Entah kenapa dia rasa geli mendengar Hafiz memanggilnya sedemikian.

“Hmm… okey. Saya letak telefon dulu, bye darling!” Ujar Hafiz tanpa menghiraukan amaran Raz Azminda. Talian telefon sudahpun dimatikan. Raz Azminda menjeling telefon bimbitnya seolah- olah Hafiz yang dijelingnya.

Siapa sangka lelaki itu sudah pun menjadi teman lelakinya. Tanpa pengetahuan Tania dan Ilya, dia senyap- senyap bertemu dengan Hafiz di fakulti lelaki itu siang tadi. Sudahlah pelajar- pelajar di fakulti itu nampak jakun semacam tatkala melihat dia dan Hafiz duduk berdua- duaan di kafe seolah- olah mereka sedang melihat pengambaran filem.

Wan, Helmy dan Fadhli juga tidak percaya apa yang dilihat mereka hari itu. Mimpi apa pula pelajar perempuan yang paling popular di UiTM Shah Alam itu datang ke fakulti mereka dan berjumpa dengan kawan mereka itu?

Yang pasti Raz Azminda datang berjumpa dengan Hafiz hari itu kerana inginkan penjelasan. Benarkah seperti yang dikatakan lelaki itu padanya semalam? Bahawa dia dan Hafiz berjodoh? Bukan dia mahu mempercayai Hafiz bulat- bulat namun demi mendengarkan cerita Hafiz tentang pengalamannya beberapa minggu sebelum ini, membuatkan dia terfikir mungkin benar apa yang dikatakan lelaki itu.

Dia mungkin tidak arif perihal agama, namun dia sedikit sebanyak dapat merasakan mungkin Hafiz telah mendapat petunjuk dari Allah mengenai jodoh mereka. Dan disebabkan itu jugalah lelaki itu bersungguh- sungguh berjumpa dengannya dan menerangkan perkara yang sebenar tempoh hari.

Walaupun dia seorang yang memilih, dia juga tahu tentang ketentuan Tuhan. Jika benar lelaki itu memang tercipta untuknya dia harus terima juga. Apa- apa pun tidak salah untuk mencuba. Untuk itu, dia menerima lamaran Hafiz untuk menjadi kekasihnya. Namun bersyarat.

“Okey I setuju. Kita boleh cuba. Tapi, dengan satu syarat.”

“Syarat apa?”

“I akan jadi girlfriend you hanya untuk sebulan.”

“Hah?”

Hafiz memang terkejut pada mulanya, namun akhirnya dia akur dengan kehendak Raz Azminda. Mereka bercadang untuk mencuba dahulu. Raz Azminda masih mempunyai ragu. Mungkin saja mimpi Hafiz itu salah. Mungkin maksud disebalik mimpi itu lain. Jadi dia meletakkan syarat untuk mereka bercinta.

Jika Hafiz terbukti memang jodohnya, dia tidak akan meraguinya lagi. Walaupun dirasakan mereka tidak sepadan, namun dia dapat merasakan ada yang istimewa mengenai Hafiz. Hatinya juga seperti mudah menerima lelaki itu untuk dijadikan kekasihnya selama sebulan.

Setelah sebulan, Raz Azminda mendapati bahawa Hafiz bukanlah jodohnya lalu mereka pun putus. Cerita pun tamat. Hahahahha…takkan ceritanya habis gitu kan? Tipu je…. baca lagi bawah ni….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience