BAB 2

Romance Series 40224

Hafiz memandang ke pintu masuk utama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Sesekali cuci mata seronok juga. Orang kata, kalau nak tengok gadis- gadis cantik di UiTM ni, datang lah ke fakulti ini. Bermacam gaya dan ragam dapat di lihat. Fakulti ini memang terkenal dengan para pelajar yang terdiri daripada gadis- gadis yang cantik dan ‘hot stuf’.

Hafiz bukan selalu datang ke fakulti ini, hanya sekali sekala sahaja apabila dia menemani Wan untuk berjumpa dengan teman wanitanya yang belajar di fakulti ini. Dan hari ini sekali lagi dia diajak oleh Wan untuk menemaninya. Walaupun dapat mencuci mata, namun menjadi tiang elektrik di situ menunggu Wan selesai berdating bukanlah sesuatu yang digemarinya.

Selalunya, di antara rakan- rakannya yang lain, dialah yang akan dijadikan mangsa oleh Wan untuk dijadikan pak pacak. Dia memang tidak faham fungsinya untuk berada di situ, dia boleh sahaja meminjamkan keretanya kepada Wan untuk ke sini, namun Wan tetap mahu dia menemaninya. Demi mengenangkan persahabatan yang sudah lama terjalin, diturutkan juga karenah rakannya yang seorang itu.

Tiba- tiba matanya tertancap ke arah seorang gadis. Matanya terbelalak. Gadis dalam mimpinya! Gadis itu benar- benar wujud di alam realiti dan kini berada di hadapan matanya. Wajah gadis itu benar- benar persis dengan gadis di dalam mimpinya membuatkan Hafiz yakin bahawa gadis itulah yang dimimpikannya selama ini.

Matanya masih lagi mengekori langkah gadis itu walaupun gadis itu telah berlalu pergi. “Hoi!” Bahunya tiba- tiba ditepuk dari belakang membuatkan dia sedikit terlompat. Dia menoleh ke arah Wan yang sedang tersengih seperti kerang busuk.

“Kau tengok apa tu, kusyuk sangat?” Soal Wan. Namun Hafiz tidak menjawab. Dia seolah –olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Melihatkan reaksi Hafiz itu, Wan menoleh ke arah pandangan Hafiz sebentar tadi.

“Kau tengok perempuan ek? Ho… pandai kau sekarang cuci mata!” Sakat Wan. Hafiz memandang tajam ke arah Wan membuatkan lelaki itu telan liur.

“Siapa ek perempuan yang lalu depan ni tadi?” Hafiz tiba- tiba bersuara menyoal.

“Siapa?” Soal Wan kembali.

“Alah… tadi ada tiga orang perempuan lalu depan ni, aku nak tahu yang tengah- tengah tu, siapa dia?” Wan memandang reaksi Hafiz yang bersungguh. Hairan dia melihat Hafiz beria- ia bertanya tentang perempuan. Sebelum ini tidak pernah pula dia begitu.

“Hmmm…macam ni lah,” Wan merapati Hafiz sambil menepuk- nepuk bahu rakannya itu. “Aku bukan nak kecewakan kau, tapi… kalau perempuan yang tu kau tanya… aku ingat, kau lupakan jelah niat kau tu…” Kata- kata Wan terhenti di situ.

“Kenapa pulak?” Soal Hafiz tidak mengerti.

“That is Raz Azminda okay? Bukan kau sorang je yang akan terbeliak biji mata tengok dia, tapi satu U ni akan terkeluar biji mata tengok perempuan tu. Because she’s damn hot man, everyone wants to be her date and you’re not gonna have her, believe me!” Terang Wan panjang lebar lalu terus masuk ke perut kereta meninggalkan Hafiz yang masih terpinga- pinga di luar.

Raz Azminda! Perlahan nama itu meniti di bibirnya. Hafiz terasa seolah- olah mengalami dejavu tatkala melihat gadis itu berlalu di hadapannya siang tadi. Dia seakan- akan pernah mengalami keadaan itu sebelum ini. Hafiz senyum sendiri.

Raz Azminda! Namanya sahaja sudah melambangkan keindahan tuannya. Mempunyai rambut yang lurus panjang, tinggi lampai, kulit yang putih berseri, dan paling penting gadis itu mempunyai senyuman yang menawan. Benar kata Wan, lelaki mana yang tidak akan terpikat melihat wajah gadis itu?

Raz Azminda Tan Sri Razlan. Kata Wan lagi, gadis itu bukan anak orang sembarangan. Dia anak tokoh korporat yang berjaya di Malaysia. Bapanya itu juga seorang jutawan. Jadi bagaimana tidak semua lelaki berebut- rebut mahu memiliki gadis itu? Raz Azminda benar-benar memiliki personaliti yang sempurna.

‘Arghh… bagaimana aku mahu berhadapan dengan gadis itu? Memandang aku sebelah mata pun belum tentu!’ Hafiz berbisik sendiri. Namun dia harus berterus- terang. Gadis itu harus tahu yang dia seringkali menjelma dalam mimpi- mimpinya saban malam. Lama Hafiz berfikir- fikir sendiri hingga akhirnya dia terlelap.

Namun tidak lama, apabila akhirnya dia terjaga semula dikejutkan mimpi yang sama. “Arghhh…” Hafiz bangun dari pembaringannya. Raz Azminda! Aku mesti berhadapan dengan kau! Hafiz tekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience