BAB 9

Romance Completed 15660

“ Nak apa? cepat cakap. Saya ada hal pula selepas ni.” Dingin sekali perilaku Miza terhadap Farez ketika ini.

Farez sama sekali terasa akan sikap Miza. Tapi dia reda sebab memang itu balasan yang patut dia dapat di atas perbuatannya selama ini. perbuatannya langsung tidak dapat dimaafkan. Dia tak patut menduakan Miza. Dia juga tak patut pergi jumpa Miza dengan teman wanitanya dulu tu. dia juga tak patut batalkan majlis pertunangan mereka di saat-saat akhir. Semuanya tak patut.

Tapi ini semua dah terjadi. Semuanya ketentuan Allah. Dia pun dah dapat balasan. Teman wanitanya tu dah berjaya tipu duit dia. dan kini, dia dah hampir muflis.

“ Saya nak minta maaf.”

Miza masih berdiam diri dan memandang ke arah lain. Tiada hati nak pandang muka Farez. Buat sakit hati.

“ Saya nak minta maaf sebab buat awak terseksa. Saya dah dapat balasan di atas perbuatan saya dulu. Saya menyesal. Tapi saya reda.”

Farez tersenyum hambar lalu tiba-tiba melutut di depan Miza. Miza yang melihat terkejut lantas terundur dua langkah ke belakang.

“ Saya juga tak tipu. saya masih sayangkan awak. saya cintakan awak Miza. Tak boleh ke awak berikan peluang kedua pada saya? Saya hanya manusia biasa Miza.”

Miza tersenyum sinis.

“ Peluang kedua? Yes. Setiap orang layak diberi peluang kedua. Yes. Kita hanya manusia biasa. Tapi selemah-lemah saya pun saya takkan sanggup menduakan bakal tunang saya. Saya takkan sanggup menyakitkan hati bakal tunang saya. Saya tak bodoh nak buat semua tu untuk bakal tunang saya sebab saya percaya dia boleh bahagiakan saya. Tapi apa yang saya dapat? Kepercayaan saya dikhianati.”

Sayu Farez mendengar luahan hati Miza. Dia memang menyesal kerana buat Miza begitu.

“ Sekali saya percayakan awak saya akan percaya buat selamanya. Tapi bila awak hancurkan kepercayaan saya. Maaf.. saya tak boleh maafkan perbuatan awak dulu. Amat menyakitkan tahu tak?! Hanya Allah yang tahu apa perasaan saya masa tu.”

Miza mengetap bibir menahan daripada menitiskan air mata. Rasanya dia tak perlu menitiskan air mata demi lelaki tak guna ni.

“ Jadi.. Awak benar-benar pilih dia?”

Miza terdiam. Dia? Siapa yang Farez maksudkan?

“ Awak pilih lelaki di belakang awak tu?”

Pantas Miza menoleh ke belakang. Dari jauh dia dapat lihat Syamil sedang melangkah ke arahnya. Dan dia dapat rasakan sesuatu. Syamil bagaikan datang memberikan cahaya baru buat dia.

Miza menoleh semula ke arah Farez yang masih setia melutut itu.

“ Yes. Saya pilih dia. saya pilih hati dia yang baik tu. saya pilih dia yang sentiasa cuba menceriakan hati saya.” Tegas Miza dengan senyuman kecil.

Farez terkedu. Senyuman Miza tu menyentakkan tangkai hatinya. Dah lama dia tak lihat senyuman Miza itu. senyuman yang sangat dia rindui.

“ Miza.. Awak kata awak nak jumpa kawan. Kenapa awak tipu saya?” Muncul Syamil dengan wajah yang penuh curiga. Wajahnya serius memandang ke arah Farez.

“ Maaf…” Miza meminta maaf sambil tertunduk. Dia rasa serba salah pula.

“ Bro. dia tak bersalah. Aku yang suruh dia datang sini.”

Farez bangun berdiri dengan senyuman tipis. Dia menepuk perlahan bahu Syamil sebelum mengundurkan dua langkah ke belakang.

“ Bro.. aku harap kau takkan kecewakan dia seperti mana aku kecewakan dia dulu. Aku harap kau dapat buat dia bahagia. Buat dia seorang perempuan yang beruntung apabila berada di samping kau. Aku harap kau sabar saja dengan setiap kerenahnya. Dia terlalu istimewa bro. aku yang terlambat sebab baru sedar.”

Matanya beralih pula pada Miza.

“ Miza.. saya doakan kebahagiaan awak. jangan risau. Saya takkan muncul lagi di depan awak selepas ni. saya tahu pilihan awak yang terbaik.”

“ Farez… moga awak bertemu dengan orang yang lebih baik daripada saya.” Ujar Miza lantas memberikan senyuman nipis.

Farez hanya tersenyum hambar. Kini, dia terus memusingkan badan dan melangkah pergi tanpa menoleh lagi ke belakang. Selamat tinggal Miza. Semoga awak bahagia dengan dia.

“ Kenapa dia cakap macam tu dekat saya?” Syamil menyoal sambil melihat Farez melangkah.

Miza tersentak. Tapi akhirnya dia tersenyum kembali. Sebab saya pilih awak!

“ Saya hairanlah. Awak.. jawablah.”

Apabila Syamil menoleh, kelibat Miza dah hilang. Bila dia pusing ke belakang. Ternyata Miza dah jauh meninggalkan dia. haih minah ni. suka buat aku saspen macam ni.

“ Awak!” Syamil mengejar dan tepat berdiri di depan Miza.

Miza hanya tersenyum dan mengangguk. Kenapa?

“ Tersenyum pula dia. Orang tanya ni.” Syamil jadi geram.

“ I want to forget everything about my past. I want to be a new girl. I think I can and I want to be with you. Yes, I choose your heart. I know you surprised. But, you can make me smile everyday even I always make you angry. And yes, you also so annoying.”

Syamil terlopong. Apa dia tak salah dengar? Dahlah tiba-tiba cakap mat salleh depan aku.

“ You know what? You will never find the right person if you never let go of the wrong one. And that right person is you.”

Miza tersenyum lagi. Dan kali ni membiarkan Syamil berfikir sendiri. Dia kembali melangkah ke arah kereta. Syamil. Saya yakin dan saya pilih awak.

Syamil masih terkaku pada tempatnya tadi. Dia masih cuba mendalami ayat Miza tadi. Setelah tersedar, dia pantas mengejar Miza yang sudah hampir dengan kereta.

“ Miza!”

Tapi dah terlambat apabila Miza telah pun beredar. Penat je dia kejar.

“ Miza. Saya dah faham maksud awak. Jangan risau. Saya memang menantikan kata-kata awak tu. terima kasih.”

Syamil tersenyum lantas mendongak ke langit. Ya Allah. Terima kasih bukakan pintu hati dia untuk mencintai orang lain dan orangnya adalah aku. InsyaAllah aku mencintai dia keranaMu ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience