BAB 2

Romance Completed 15660

Lepas satu dokumen, dokumen lain pula jadi tatapannya. Entah bila kerjanya akan habis. Sedangkan waktu kerja dah tamat. Penat pula dia jadi macam ni. Tu la. Sebelum ni gatal sangat ambil cuti panjang. Tengok! Kerja kan dah bertimbun.

“ Mil? Kau tak nak balik lagi ke?”

Syamil mendongak ke arah pintu. Kepalanya di gelengkan. Matanya dah jadi kabur sedikit. Gara-gara asyik menatap skrin komputer daripada pagi tadi lagi.

“ Kerja aku banyak lagi yang tak siap. Kau baliklah dulu. Aku okay je.”

Dia kembali menatap skrin komputer. Rasanya sejam lagi baru kerjanya siap. Haih! Sabar je lah Syamil.

“ Okay. Tapi jangan lewat sangat. Kesihatan pun perlu dijaga bro!” Pesan Naim pada kawan baiknya tu. Dia akui Syamil seorang yang suka bekerja keras tanpa menyusahkan orang lain. Jadi tak hairanlah dia balik lewat daripada orang lain walaupun dia seorang bos.

“ Aku tahulah. Thanks!”

Selepas Naim beredar, dia meraup mukanya perlahan bagi hilangkan ngantuk. Matanya rasa nak terpejam je. tengoklah dah pukul berapa. Dah dekat 8 malam pun. Keseorangan lagilah aku malam ni. Mama dekat rumah pasti dah bising sebab aku sentiasa pulang lambat. Sorry mama! Terdesak!

Asyik termenung, dia dikejutkan dengan panggilan telefon. Tengok je nama di skrin. Senyumannya jadi lebar.

“ Helo ma. Panjang umur mama. Baru je teringat dekat mama ni.”

“ Yeke? Kalau rindu kenapa tak balik lagi ni? mama penat tunggu Mil dari tadi lagi. Ke Mil memang tak nak balik rumah?”

“ Eh! Taklah mama. Kejap lagi Mil balik kay. Ada lagi kerja yang tak siap ni. lagi sejam Mil balik.” Syamil cuba memujuk mamanya yang merajuk itu.

“ Yelah. Cepat sikit tau. Mama ada benda nak bincang sikit.”

Syamil terdiam. Benda yang nak dibincang? Apa? Ha! Sudah! Aku dah mula saspen. Mama ni kan?

“ Okay madam!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience