BAB 4

Romance Completed 15660

Sunyi! Ya itu yang dirasakan Miza saat ini. rasa sangatlah kekok. Macam nak keluar je daripada kereta ni. dahlah ni kereta orang. Haih.. Sabar Miza. Baru sejam kot perjalanan kau ke Ipoh tu.

“ maafkanlah mama saya tu. dia Cuma nak pastikan awak selamat.” Setelah sejam masing-masing berdiam diri. Akhirnya Syamil bersuara. Dia sendiri pun dah tak tahan kalau asyik diam. Dia bukanlah jenis suka berdiam diri ni. dia lebih suka bercakap dan memeriahkan suasana.

“ Tak apa. Saya faham.”

Miza tunduk memandang jari. Mulutnya diketap kuat. Entah kenapa dia rasa sangatlah kekok saat ini. selalunya tak macam ni pun. Okay je. tapi bila dengan lelaki ni dia jadi lain pula. Dengan kawan lelaki okay je pun. Kau ni dah kenapa Miza? Buang tabiat ke?

“ Awak kerja apa erk?” Syamil menyoal lagi.

“ Cikgu.” Tanpa memandang ke arah Syamil dia menjawab. Dia masih setia tundukkan kepala.

“ Really? Wah! Mesti best kan?”

“ Erk.. best gak lah. Tapi mesti minat. Walau susah mana pun kerja tu tapi kalau minat tak jadi masalah.” Terang Miza dengan senyuman senget. Dia dah tak mampu nak tersenyum masa ni. rasanya dah hampir tiga bulan dia tak mampu nak tersenyum seperti orang lain.

“ Baguslah kalau awak minat dan dapat apa yang awak ingini. Tahniah.”

Miza hanya menganggukkan kepalanya. dia pandang sekilas ke arah Syamil yang sedang memandu itu. tenang sekali wajah dia. Buat Miza cemburu pula. Macam mana Syamil boleh setenang itu sedangkan dia? Berdebar dan gelisah habis. Tak aci la!

“ Awak ni memang pendiam ke orangnya?”

Miza tersentak. Soalan itu mengejutkan Miza. Terus dia menoleh ke arah Syamil.

“ Maksud awak?”

“ yelah. Asyik saya je tanya. Awak tak tanya pun. Tak acilah macam ni.”

“ Aci kat India. Eh!”

Miza pantas menutup mulutnya dengan tangan dan menoleh ke arah lain. Reaksi spontannya sebentar tadi buatkan dia malu sendiri. Syamil yang mendengar tersenyum lebar.

“ Aci kat Malaysia pun ada ma… Cuma awak je tak tahu. Sekarang awak tanyalah saya apa-apa. bosanlah. Boleh tertidur kot kalau macam ni.”

Miza mengetap bibir. Macam mana ni? aku nak tanya apa? haih! Dah kenapa dengan aku ni. jadi segan terlebih.

“ Erk.. nak tanya apa? saya tak tau.” Jujur Miza.

“ Tanyalah saya ni kerja apa. dah berkahwin ke belum? Or berpunya ke belum. Suka makan apa ke.”

Miza memandang pelik ke arah Syamil. Eh? Soalan macam tu dia suruh aku tanya? Betul ke tak dia ni?

“ Tu awak dah gitau. Sekarang awak jawablah apa yang awak suruh saya tanya tadi.” Balas Miza dengan muka peliknya.

Syamil tersengih kerang busuk. Macam perli aku ja. Haha.

“ Ok. Saya bekerja dekat sebuah syarikat milik papa saya. Saya sebagai CEO dekat situ. Kerja saya ni arkitek. Erm.. Memang saya tak nafikan kerja ni amat memenatkan. Tapi kalau minat, macam awak kata tadi tu. ia tak jadi masalah. Lagi.. saya dah berkahwin tu kan? ehehe. Belumlah. Kalau dah saya takkan berani hantar awak.”

Miza tersenyum tanpa sedar. Sedar pula.

“ Berpunya? Ermm.. Buat masa ni tak ada. insya-Allah lepas ni? saya pun tak tahu bila sebab belum ada calon. Hehe.. Saya ni raja laksa. Hehe.. Terutama laksa buatan mama saya. Sehingga menjilat jari.”

Tersenyum lagi Miza melihat gelagat Syamil yang cuba meniru aksi iklan makanan dekat tv. Dah macam budak-budak pun ada dia tengok.

“ Lagi? Apa yang awak nak tahu?”

“ Erkk… Tak ada kot.” Miza memandang ke hadapan dengan kerutan di dahi. Dia terfikir sesuatu yang boleh membuatkan dia menitiskan air mata. Kenapa perlu tiba-tiba bandingkan Syamil dengan lelaki tu pula ni. pleaselah!

“ Awak okay ke? Kenapa muka awak nampak pucat.” Sekilas Syamil menoleh ke arah Miza yang tiba-tiba berdiam diri.

“ Tak ada apa-apa. saya okay. Saya mengantuk agaknya.” Nafi Miza dengan senyuman hambar.

“ mengantuk? Janganlah tidur. Temankan saya. Saya takut tertidur pula jap lagi. Siapa yang susah? Kita juga.” Syamil buat muka sedih. Mulutnya dicebikkan dengan tangannya yang sebelah kiri buat-buat mengelap air mata.

Gelagat Syamil itu ternyata buatkan hati Miza terhibur. Akhirnya, dia berjaya ketawa dengan seikhlas hati. Dari luhur hatinya. Rasanya dah lama dia tak gelak macam ni.

Syamil yang melihat rasa pelik tapi dia pun tersenyum juga akhirnya. Tak tau kenapa dia rasa gembira sebab dapat tengok Miza ketawa daripada asyik muram dan masam je dari tadi.

“ A..awak.. awak ni kelakar lah. Ingat comel sangat ke buat muka macam budak-budak tu?” Dalam sisa tawa Miza berkata.

“ Kan bagus awak gelak macam ni daripada muram je.”

Miza terdiam terus. Kata-kata Syamil tadi buat dia tersedar yang dia dah melebih-lebih. Malu!

“ Erk.. pandulah kereta tu. saya nak dengar lagu.” Pantas Miza mengeluarkan earphone dan menyumbatkannya ke dalam telinga yang terdapat di sebalik tudungnya itu.

Syamil yang melihat tersengih. Aku tau dia malu tapi comel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience