BAB 6

Romance Completed 15660

“ Awak nak apa lagi? Kan saya dah cakap kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi dan takkan ada. Saya benci awak! pleaselah pergi!”

Miza mengepal tangannya dengan penuh perasaan benci. Dia rasa nak tumbuk wajah lelaki yang tak bertanggungjawab itu. biar dia rasa puas. Tapi hakikatnya dia tak mampu. Dia tak nak gara-gara dia lelaki itu tercedera. Bukan sebab dia risau tapi dia takut selepas kejadian itu dia akan terjumpa lagi dengan Farez.

“ Saya ikhlas nak kembali kepada awak Miza. Tolonglah Miza. Saya masih sayangkan awak. jangan buat saya macam ni.”

“ Jangan buat awak macam ni?! Habis sebelum ni boleh pula buat saya menangis macam ni? boleh pula buat saya kecewa dan marah dekat awak? begitu?”

Matanya mencerun ke arah Farez dengan penuh kemarahan. Apabila teringatkan kejadian itu, dia rasa sangat kecewa dan marah.

“ Awak..”

“ Stop! Please Farez! Please pergi dari hidup saya! Awak takkan dan tak boleh lagi bersama dengan saya. Saya ni hak orang lain!”

Air matanya mengalir jua akhirnya. Puas dia tahan tapi dia tak berjaya. Perkara ini terlalu menyakitkan buat dirinya. Dia lebih sanggup tipu Farez daripada dia sendiri yang terseksa lebih teruk.

“ Hak orang lain? Maksud awak?”

Farez mula berasa tak sedap hati. Tajam dia merenung wajah Miza yang berlinangan air mata itu. dia rasa sayu melihat air mata itu. dia ingin menyekanya tapi dia tahu dia takkan boleh dan selamanya tak boleh.

“ Miza!”

Serentak mereka berdua menoleh ke arah kiri di mana suara itu datang. Dan Miza sama sekali terkejut melihat dua insan tersebut. Syamil dan Puan Isah! Macam mana mereka boleh ada dekat sini.

“ Ya Allah Miza. Kamu okay ke ni?” Puan Isah meluru ke arah Miza dengan wajah yang sangat risau. Manakala Syamil pula memandang Miza dan lelaki itu silih berganti. Agaknya siapa lelaki ni? adakah dia buat Miza menangis?

“ Awak.. siapa mereka ni?” Soal Farez dalam keadaan buntu.

Miza menyeka air matanya dengan senyuman hambar. Ya Allah adakah mereka ni petunjuk yang kau sampaikan padaku? Rasanya Syamil dan Puan Isah dapat bantu aku masa ni. maafkan aku Syamil kerana terpaksa menggunakan kau. Aku harap kau tak marah.

“ Ini bakal mak mertua saya dan itu bakal suami saya.” Luah Miza dalam satu nafas.

Seperti yang Miza jangka, mereka bertiga amatlah terkejut akan luahan dia sebentar tadi. Tapi dia benar-benar terdesak saat ini.

“ Ba..bakal suami? Awak jangan nak tipu saya Miza. Saya tahu awak hanya nak melarikan diri daripada saya.”

Miza tersenyum sinis. Tahu pula dia takut? Sebelum ni dia fikir tak apa perasaan aku apabila melihat dia dengan orang lain?

“ Yes! Saya memang sedang melarikan diri dari awak. tapi saya tak tipu Farez! Mereka ni keluarga saya. Mereka akan menjadi orang penting dalam hidup saya. Saya tak perlukan lelaki tak guna macam awak! lebih baik awak pergi atau saya report polis!”

Wajah Miza yang kelihatan masam tadi bertukar merah gara-gara marah yang amat. Dia dah tak tahan akan sikap Farez yang suka mendesak saat ini. Dia benci!

“ Kau tunggu apa lagi? Dia dah cakap kan yang aku ni future husband dia. so kau tunggu apa lagi? Lebih baik kau pergi.” Suara Syamil setelah asyik berdiam diri melihat Miza dengan Farez. Dia rasa Miza sangat perlukan bantuan dia saat ini.

“ Tapi Miza saya..”

“ Go! Saya tak nak tengok muka awak lagi! Saya benci awak! segala-galanya tentang awak. Jadi tolong jangan muncul lagi depan muka saya! Kalau tak saya takkan munculkan lagi diri saya depan awak ataupun depan mereka. Awak sanggup ke?!” Miza mula mengugut. Tapi dalam diam dia maksudkan kata-kata tu.

“ Tak! Saya tak sanggup. Baik saya akan pergi. Semoga awak bahagia Miza.”

Dengan langkah yang berat, akhirnya Farez melangkah meninggalkan mereka bertiga. Dia sangat sedih dan kecewa akan sikap Miza. Miza.. saya masih sayangkan awak. saya harap suatu hari nanti awak boleh kembali pada pangkuan saya.

Miza melihat Farez pergi dengan linangan air mata. Dia tersenyum hambar. Dia rasa lega kerana akhirnya Farez pergi dari hidup dia. dia lega. Alhamdulillah.

“ Miza..” Puan Isah jadi risau pula tengok reaksi Miza saat ini.

Miza menoleh ke arah Puan ISah dan Syamil dengan senyuman.

“ terima kasih sebab bantu saya tadi. Kalau korang tak ada saya tak tahu apa yang akan saya lakukan. Dan maaf sebab kaitkan makcik dan Syamil tadi.”

Syamil melihat Miza dengan renungan yang penuh tanda tanya. Apa yang terjadi sebenarnya?

“ Miza.. what happen?” Soal Syamil.

Miza menggelengkan kepalanya perlahan. Biar ia menjadi rahsia. Dia tak nak buka semula kisah lama.

“ Saya minta maaf. Saya pergi dulu. Terima kasih again.”

Baru saja Miza ingin melangkah, tiba-tiba kepalanya jadi berat. Pandangannya juga jadi kabur. Akhirnya, dia jatuh pengsan tanpa sempat tahan.

“ ya Allah Miza!”

Syamil pantas mencempung Miza dan berjalan menuju ke kereta.

“ Kita ke hospital Mil.”

Syamil melihat wajah Miza dengan seribu persoalan. Kenapa dengan awak Miza?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience