BAB 8

Romance Completed 15660

‘ Saya nak jumpa awak. Please. Kali ni je.’

Miza membaca message itu beberapa kali. Dia jadi buntu. Patut atau tak dia pergi jumpa dengan Farez? Bukankah baru seminggu yang lepas aku cakap aku tak nak jumpa dia lagi. Tapi sekarang?

“ Kenapa ni?”

Tiba-tiba Syamil muncul daripada belakang dan duduk di sisi Miza. Miza menoleh sekilas sebelum memandang skrin telefon. Mentang-mentang mak suruh dia jadi bodyguard aku. ke mana saja aku pergi mesti dia ada. Tapi aku tak nafikan, kadang-kadang aku rasa dilindungi daripada jauh.

“ Tak ada apa-apa.”

Miza merenung sungai di hadapan matanya itu. serius! Dia dah sedar yang dia berjaya melupakan Farez. Tapi itu tak bermakna dia boleh maafkan Farez begitu saja. Dan dia tersedar sesuatu. Semenjak Syamil hadir di sisinya, dia sering ketawa dengan telatah Syamil. Mak dia pun perasan. Adakah Syamil ni penyembuh lukaku?

Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Tanda pesanan ringkas masuk.

‘ Please… Buat kali terakhir.’

Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Dia dah merayu bagai. Apa aku nak buat ni? minta tolong Syamil? Tak mungkin. Mesti dia akan laporkan pada mak.

“ Awak pergilah balik. perlu ke ikut saya sepanjang masa?” Soal Miza.

“ Saya tak ikut tapi teman awak. saya ikhlas nak ikut awak. saya nak lindungi awak.” Jawab Syamil sambil melilau melihat sekeliling. Perutnya rasa lapar tiba-tiba.

“ Saya nak ke lain selepas ni. tolong jangan ikut saya. Saya rimaslah.”

Miza terus bangkit tanpa menunggu Syamil. Laju kakinya melangkah ke arah kereta. Tapi Syamil lebih pantas mendahuluinya.

“ Awak nak ke mana?”

“ Jumpa kawan. Awak tak perlu sibuk. Pergi balik.”

Langkah Syamil terhenti. Kawan? Siapa kawan dia?

“ Hati-hati!”

Akhirnya Syamil membiarkan Miza pergi seorang diri tanpa dirinya. Ya Allah. Aku rasa aku dah mula sayang dekat dia. haih.. Parah kau Syamil. Sampai dia nak pergi jumpa kawan pun kau risau bukan main. Macam dah suami orang pula kau ni. Haha. Betullah kan? aku ni kan future husband dia. hehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience