BAB 7

Romance Completed 15660

“ Makcik.. jangan risau. Kejap lagi dia sedarlah tu. doktor kata dia tengah tidur.”

Syamil melihat Mak Mirla dengan riak kerisauan. Rupanya Miza ni anak yatim. Ayahnya dah lama meninggal. Sayu hati dia mendengar cerita Mak Mirla tadi.

“ Maafkan makcik. Anak makcik mesti dah banyak menyusahkan kalian. Isah.. aku minta maaf. Kalaulah aku cerita dekat kau lebih awal siapa lelaki yang kacau anak aku tu. Aku rasa semua ini takkan terjadi.”

Puan Isah memaut lembut bahu kawannya itu. kepalanya digelenggkan perlahan.

“ Tak apa. aku faham. Lagipun ni hal keluarga kau kan. aku faham. Tapi kesian aku tengok anak kau Mirla. Patutlah aku tengok dia semakin kurus sekarang ni. rupanya dia ada masalah besar.”

Mak Mirla tersenyum hambar. Tangannya masih setia menggenggam jari anaknya yang masih tidak sedarkan diri itu.

“ Dia dah banyak menderita Isah. Hampir dua bulan juga dia duduk di bawah jagaan aku sebelum dia benar-benar pulih untuk ke kerja. kejadian itu benar-benar beri kesan dekat diri dia Isah. Makan tak lalu, tidur pun tak cukup. Dia lebih suka menyendiri dan termenung sendiri. Aku risau tengok keadaan dia sebelum ni. Tapi alhamdulillah. Selepas dia tengok satu rancangan usrah ni. dia tersedar dan terus bangkit. Dia kata dekat aku, dia nak lupakan semuanya yang berlaku. Dia nak mulakan hidup baru.”

Syamil masih setia memandang ke arah Miza yang tidak sedarkan diri itu.

“ Dia juga kata selepas ni soal jodoh dia serahkan dekat aku. aku tahu sekarang ni dia cuba nak buat aku gembira. Tapi hakikatnya hati dia terseksa. Syamil.. makcik tahu sepanjang kamu hantar dia tempoh hari kamu pasti hairan kan kenapa dia tiba-tiba menangis dalam pelukan makcik.”

Syamil tersentak lantas mengangguk perlahan.

“ Dia cerita dekat makcik yang kamu cuba bergurau dengan dia. Dia terbandingkan kamu dengan Farez tu. dia kata Mil benar-benar berbeza dengan Farez. Dia kata alangkah bagusnya kalau dulu sikap Farez macam kamu. Dia juga terharu kerana Mil berjaya buat dia gelak. Dia ucap terima kasih.”

Syamil terkedu. Puan Isah pula sudah tersenyum. Di paut pula bahu anaknya itu.

“ Mirla. Jom kita keluar. Biarkan mereka berdua.”

Syamil duduk di kerusi kosong sambil merenung wajah lemah Miza. Miza.. kenapa perlu awak lalui semua tu? saya tak tahu pula yang awak bandingkan saya dengan dia. tapi rasanya awak tak perlu bandingkan lagi sebab saya rasa saya mampu jadikan ia realiti.

“ Eh!”

Syamil terus bangun dan meraup wajahnya perlahan. Kenapa dengan aku ni? Gila ke apa? tiba-tiba nak jadikan ia realiti. Adakah kau nak kahwin dengan dia? what?! Ish! Mengarut Syamil! Tapi kalau benar tak salah kan? Erk!

“ A..awak..”

Syamil tersentak. Dia menoleh ke arah Miza yang sudah tersedar itu.

“ Awak dah sedar? Alhamdulillah.”

Miza tersenyum kecil lantas cuba bangun untuk duduk. Kepalanya masih terasa berat.

“ Saya dekat mana?” Soal Miza sambil memandang Syamil.

“ Hospital. Awak pengsan tadi. Tapi awak tak apa-apa dah. Doktor kata awak Cuma tertekan je.”

“ Oh. Mana mak saya?”

“ Ada dekat luar. Awak rehatlah.”

Keadaan kembali sunyi antara mereka. Syamil tiba-tiba bertukar pendiam. Miza pula rasa rimas dengan keadaan itu.

“ Maafkan saya!” Serentak mereka berkata. Dan mereka terdiam sendiri.

“ Awak cakap dulu.” Suruh Syamil dengan senyuman.

“ Erk.. awaklah.” Miza pula rasa serba salah.

“ Okay. Saya nak minta maaf sebab tak tahu pula awak dah banyak menderita selama ni. awak kata awak akan beruntung kalau dapat lelaki macam saya kan? tak apa. awak dah dapat saya pun.” Ujar Syamil masih dengan senyuman. Dia sedar ke tak apa yang dia cakap tu?

Miza terkedu. Ha? Apa yang dia cuba maksudkan ni?

“ Lupakan lelaki tak guna tu. saya akan tunaikan permintaan awak. bukan ke saya ni future husband awak?” Syamil terus mengenyitkan matanya ke arah Miza dan dia tertawa sendiri.

Manakala Miza pula terus menoleh ke arah lain. Dia termalu sendiri. Hatinya juga jadi berdebar tiba-tiba.

“ Baiklah my future wife. Mulai hari ni saya ni future husband awak tau.”

“ Eh! Siapa cakap? Saya terdesaklah masa tu!” Pintas Miza.

“ Tak ada! Awak dah cakap masa tu. terdesak ke tak ke, dah jadi doa tau.” Syamil masih ingin main-main dengan Miza. Dia nak tengok Miza tersenyum.

“ Mana aci!” Miza terjerit gara-gara geram.

“ Aci kat India ma.. Lu tak tahu ke?”

“ Kat Malaysia pun adalah! Awak je tak tahu.”

“ Oh ya? Mana buktinya? Cer cite dekat saya.” Syamil bertukar wajah serius pula. Seronok tengok Miza yang kelam kabut tu.

“ Erk.. ha! Awak yang cakap!” Miza masih tidak mahu mengalah. Dia rasa tercabar pula.

“ Masa bila? Tak ada-tak ada! Now you my future wife. Full stop!”

Terus Syamil menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Saja nak buat Miza bertambah geram.

“ Awak! I hate you!”

Terus Miza memukul kepala Syamil dengan bantal. Sekuat hati! Rasa puas pula buat orang macam tu. Teruskan Miza teruskan. Biar dia rasa sikit kegeraman kau tu.

“ Ouch! Sakitlah! Stop!” Syamil cuba menepis bantal tu tapi tak berjaya. Tak sakit pun sebenarnya. Saja buat-buat sakit.

“ Biarkan! Nak sangat kan! I hate you!”

“ But I love you.” Suara Syamil dengan sengihan tiba-tiba. Terus terhenti perlakuan Miza.

“ I..I..hate you.” Perlahan pula Miza bercakap. Matanya masih tidak berganjak ke arah wajah Syamil yang tengah tersengih itu.

“ But I love you. Tak kisahlah perempuan mana pun yang cuba memikat hati saya. Tapi saya pilih awak. I choose you. Ainnur Miza.”

Terkelip-kelip Miza melihat ke arah Syamil. Dadanya dah dua kali ganda bergetar. Hebat!

“ Kenapa diam?” Syamil jadi risau pula tengok Miza sekarang ni.

“ Awak?”

Syamil melambai-lambaikan tangannya di depan mata Miza. Miza bagaikan patung. Eh! Aku dah salah cakap kot. Memang salah pun! Kau ni pun Mil. Agak-agak arh nak mainkan hati dia. dahlah dia baru lepas sembuh.

“ Saya gurau je lah! Awak.. Janganlah terkejut macam ni.” Syamil dah jadi makin risau. Dia menggoncang bahu Miza agar tersedar.

“ What?! I hate you!”

Terus Miza memukul bahu Syamil dengan bantal tadi. Mulanya dia memang rasa terharu. Tapi bila Syamil kata gurauan. Terus dia geram semula. Syamil dah terkekek ketawa.

“ Sakitlah!”

“ I don’t care!”

Dari jauh, Puan Isah dan Mak Mirla melihat mereka berdua dengan senyuman. Masing-masing bersyukur tengok Miza dah boleh tersenyum. Agaknya Syamil orang yang benar buat Miza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience