BAB 3

Romance Completed 15660

Tangannya lembut mengusap rambut budak kecil yang sedang tidur itu. Masalahnya bagaikan lenyap apabila menatap wajah budak yang polos itu. tersenyum juga dibuatnya. Tak sangka dalam diam kawan mak aku ni jadi pengasuh.

“ Miza.. Jom kita makan. Anak makcik tu lambat lagi nak balik. Sudahlah layan budak tu. Terjaga pula dia nanti.” teguran Puan Isah mengejutkan Miza yang sedang berada dalam angannya sendiri waktu tu.

“ Saya singgah kejap je makcik. Lepas ni kena balik Perak pula. Mak saya suruh balik.” Miza melangkah ke meja makan dengan senyuman nipis.

“ Tak penat ke? Dah lewat ni. bahaya kalau kamu balik seorang diri ke sana.” Jelas riak keriasauan pada wajah Puan Isah.

“ Dah terbiasa makcik.” Miza mengambil tempat di meja makan. Ternyata aroma makanan itu telah membuatkan dia lapar.

“ Kita makan dulu ye. Makcik tahu kamu lapar.”

Miza tersengih lantas membaca doa sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut.

“ Makcik tengok kamu dah semakin kurus sekarang ni. kenapa? Ada masalah ke?”

Miza hanya tersenyum hambar. Teringat dia tentang kejadian seminggu yang lalu. Dia dah hampir ingin melupakan lelaki itu tetapi lelaki itu pula muncul saat-saat dia sudah berjaya ingin melupakan perbuatan lelaki tersebut.

" Biasalah makcik. Kerja sana kerja sini. Selagi tak selesai selagi tu lah saya tak boleh duduk diam. Tambah-tambah saya ni seorang cikgu. Banyak kerja makcik.” Nafi Miza dengan sebaik mungkin.

“ Yeke? Kerja tu kerja jugak Miza. Tapi kesihatan jangan lupa. Jaga diri baik-baik. Makcik yakin nanti bila kamu balik pasti mak kamu akan soal macam-macam.”

Miza terdiam. Mak. Mak dia pun dah tahu akan hal dia dan Farez. Tak mungkinlah dia akan sembunyikan perkara ini sedangkan masa tu mereka hampir saja ingin bertunang. Tapi majlis dibatalkan seminggu sebelum itu. Siapa orang yang paling marah dan kecewa? Tentu mak Miza dan dirinya sendiri.

“ Makcik rasa anak makcik dah balik. kamu makan dulu ye. Nanti makcik datang balik.”

Miza menyuapkan nasi dengan perlahan ke dalam mulut. Tiba-tiba seleranya hilang. Benar, sepanjang tiga bulan ni, dia hilang selera makan. Sebab tu lah tubuhnya kini semakin kurus. Daripada 50 kg turun ke 45 kg.

“ Dah balik pun kamu.”

Miza menghabiskan suapannya yang terakhir sebelum bangun dan menuju ke dapur. Dia sebenarnya tidak tahu menahu langsung tentang anak tunggal Puan Isah. Memang sebelum ni dia rajin datang ke sini tapi Puan Isah pun tidak cerita soal anaknya pada diri dia.

Usai membasuh tangan, dia kembali ke ruang tamu dengan senyuman yang cuba untuk dimaniskan.

“ Makcik.. saya rasa saya kena gerak dulu. Dah lewat sangat ni. Nanti sampai lewat pula dekat rumah mak.” Pinta Miza dengan sopan.

“ La.. Miza nak balik dah ke? Tunggulah kejap lagi. Ha…Kenalkan. Ini satu-satunya anak tunggal makcik.”

Miza menoleh ke arah Syamil yang sedang tersenyum ke arahnya itu. Dengan hati yang berat, dia membalas jua senyuman Syamil.

“ Hai. Saya Syamil. Hero family ni. boleh panggil Mil atau pun Syamil. Saya tak kisah.” Ujar Syamil dengan nada yang cerianya tu.

Syamil. Penat macam mana sekalipun. Dia tetap akan ceria dan menghiburkan hati orang di sekelilingnya. Dia rasa dia tak patut tunjukkan keletihannya kepada orang lain. Nanti jatuhkan mood ceria pula. Tak gitu?

Miza terdiam. Eh. Lelaki ni. Selambanya dia.

“ Erk.. Miza. Ainnur Miza. Panggil je Miza.” Dengan kekoknya Miza memperkenalkan dirinya pula.

Puan Isah yang melihat mereka berdua tersenyum dalam hati. Pada pandangan matanya saat ini, dia melihat Syamil dan Miza bagaikan pinang di belah dua. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

“ Syamil. Ikut mama jap.” Ditarik tangan anaknya itu menuju ke dapur.

Syamil hanya menurut. Dia tahu pasti ada sesuatu yang mamanya ingin cakapkan.

“ Syamil penat tak?”

Syamil tersengih. Apa jenis soalan yang mama tanya ni?

“ Of courselah penat. Baru balik kerja kan? Papa mana ma? Dari tadi tak nampak pun.”

“ papa kamu outstation dua hari. Lusa dia balik. kamu penat sangat ke? Baru mama nak minta tolong.”

Syamil menjongketkan keningnya sambil tersenyum senget.

“ Nak minta tolong apa mama? Macam penting je.”

Puan Isah tersenyum lebar. Lengan anaknya itu dirangkul dengan penuh kasih sayang.

“ Betul ni kamu boleh tolong mama? Tak penat?”

Syamil merenung wajah mamanya yang kelihatan teruja tu. Demi mama Syamil sanggup. Penat tolak ke tepi jap.

“ InsyaAllah. Kenapa ni? Buat Mil saspen pulak.” Syamil tertawa kecil.

“ ikut mama.”

Ditarik lengan Syamil hingga ke ruang tamu dan berdepan dengan Miza yang ralit termenung daripada tadi. Entah apa yang difikirnya pun tak tahulah.

“ Miza..”

Miza tersedar dan memandang dua insan itu dengan kerutan di dahi.

“ Anak makcik boleh tolong hantarkan Miza balik. Makcik bukan apa. makcik risau kalau orang perempuan balik lewat macam ni ke rumah. Bukan rumah sendiri tapi rumah mak pula tu. jauh pula. Jadi tak apa kan makcik suruh anak makcik tolong hantarkan?”

Miza dan Syamil. Masing-masing terkedu. Tak jangka akan permintaan Puan Isah. Dan mereka saling berpandangan buat sementara sebelum mengalih pandangan ke arah Puan Isah.

“ Tak payahlah makcik. Bukannya jauh mana pun. Dalam 4 jam sampailah.” Dengan baik Miza menolak tawaran Puan Isah. Dia rasa permintaan Puan Isah terlalu berat buat dia. Apatah lagi dengan anak tunggalnya. Lagilah dia tak mahu. Segan!

“ 4 jam tu kira lamala. Sekarang dah nak dekat pukul 9. Rasanya kira-kira pukul 1 baru kamu sampai sana. Bahaya tu. pagi-pagi pula tu. makcik risau. Mak kamu tentu lebih risau.”

Miza dah jadi makin serba salah nak tolak. Mak. Kenapa kawan mak ni terlalu baik.

“ tak apa. jangan risau. Awak tak susahkan saya pun. Saya yang jadi volunteer nak hantar awak. lagipun bahayalah awak. nanti jadi apa-apa dekat tengah jalan. Siapa yang susah?” Syamil membalas dengan senyuman.

Dia berfikir ada betul juga kata-kata mama dia tu. jadi, ingin selamat dia sudi menghantar Miza balik ke rumah. Rumah kawan mama dia juga. Rasanya tak salah kan?

“ Anak makcik pun dah setuju. Jangan risau. Nanti makcik telefon mak kamu. Dah.. Syamil. Kamu pergi salin pakaian. Kalau boleh pergi mandi dan solat dulu. Miza.. kamu pun pergilah solat Isyak dulu. Nanti tak payah stop dekat R n R dah.” Saran Puan Isah lantas menolak Syamil ke atas.

Miza hanya melihat Puan Isah dan Syamil melangkah naik masuk ke dalam bilik. Akhirnya, terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Mak.. Doakan anak mak ni agar selamat sampai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience