BAB 5

Romance Completed 15660

Kakinya dihentakkan beberapa kali sampai dia rasa kurang lenguh barulah dia bangun dan masuk ke dalam shopping kompleks semula. Penat. Ya itu yang dia rasakan sekarang. Kena terima hakikat apabila shopping dengan mamanya ni buat dia sangatlah penat. Perempuan lah katakan.

“ Syamil! Kamu ke mana tadi? Puas mama cari.”

“ Syamil ronda-ronda jap. Mama dah habis ke belum ni? Mil lapar lah.” Ngadu Syamil dengan muka letihnya. Rasa nak balik tidur je.

“ Dah. Dah habis pun. Kesian anak mama kena teman mama. Mama minta maaf erk. Dah jom kita pergi makan dulu sebelum balik.”

Syamil akhirnya tersenyum lega. Yalah. Dah nak balik kan? mestilah happy. Katil! Tunggu aku. aku akan pergi dekat kau selepas ni. ahak!

Puan Isah masuk ke dalam restoran kemudian mengambil tempat kosong. Perut pun dah mula berkeroncong.

“ Kamu nak makan apa?”

Syamil melihat menu yang diberi. Semuanya sedap. Ermm..

“ Bagi nasi goreng ayamlah. Air pzula jus tembikai.” Ujar Syamil lalu memberikan menu pada pelayan itu semula.

“ Mil.. mama nak tanya kamu something boleh?”

“ Boleh je. apa mama?”

“ Apa pendapat kamu tentang Miza?”

Syamil terkedu. Miza? Kenapa mama tiba-tiba tanya aku macam tu pula.

“ Kenapa mama tanya fasal Miza pada Mil pula ni.” Syamil tersengih. Pasti mamanya ada agenda tersembunyi ni.

“ Saja. Kenapa tak boleh?”

“ Boleh tapi peliklah.”

Puan Isah terdiam. Dia sebenarnya sedang merancangkan sesuatu. Iaitu menyatukan anaknya dengan Miza. Dah lama dia teringin nak tengok Syamil mendirikan rumah tangga. Dan dia rasa Miza adalah permaisuri yang sepadan dengan Syamil.

“ Jawab je lah pertanyaan mama tu.” Suruh Puan Isah dengan geram.

“ Ermm.. Miza tu. Dia comel, seorang pendiam dan dalam diam tu ada juga kelakarnya juga.” Dia berikan pendapat berdasarkan penglihatannya sewaktu menghantar Miza tempoh hari.

“ Tapi kan ma? Masa Mil hantar dia tu. dia nampak masam je. kenapa?”

Teringat Syamil selepas menghantar Miza pada malam itu. Mukanya nampak tak bermaya dan letih semacam. Apabila dia berdepan dengan mak dia, aku nampak dia menitiskan air mata lalu memeluk mak dia tu. kenapa erk? Rindu maybe.

“ Entahlah. Tapi dia kata kerana kerja. tak payah risaulah. Sekarang kan dia dekat rumah mak dia. kenapa? Rindu ke?”

Syamil tersedak. Rindu? Haih mama aku ni. agak-agaklah nak rindu pun. Baru kenal sehari.

“ Eh Mil! Tu bukan dia ke?”

Syamil tersengih. Haih mama aku ni. kalau nak perkena aku pun agak-agaklah.

“ Mama.. dahlah. Tak payah nak perkena Mil.”

Puan Isah masih memandang kelibat seperti Miza itu dari jauh. Dia yakin tu Miza. Tapi kenapa Miza nampak sedih? Dan siapa lelaki yang berdepan dengan dia tu? eh? Ingatkan dia masih ada dekat rumah mak dia.

“ Mama.. kenapa yang berkerut semacam je ni?” Syamil rasa sangsi pula. Takkan mama dia tak tipu kot.

“ Jom ikut mama.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience