BAB 8

Romance Completed 2093

Tak apalah, mengumpatlah, esok-esok Allah balas dekat korang baru tahu. Aku tak bersalah. Aku memang tak bersalah. Walau bagaimana pun, kecil hati aku mendengar kata-kata mereka yang tidak berasas itu menuduh arwah abang aku terkena AIDS. Menyebut tentang Razman, abang aku tu juga teraniaya. Baru aku merasakan sesuatu. Mungkin ada orang sengaja nak menjatuhkan maruah aku. Arwah abang aku ada musuh ke? Mustahil sungguh. Takkan aku pulak terkena tempiasnya?

Aku cepat-cepat pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Motosikal aku tinggalkan dekat rumah sahaja kerana aku sengaja nak berjalan ke rumah Jang. Tapi sekarnag aku dah batalkan niat untuk menemui Jang.

Setibanya di rumah aku jumpa ayah. Aku dapatkan ayah aku yang menganggur beberapa hari ni kerana belum dapat projek buat rumah. Ayah aku duduk di kerusi sambil menonton televisyen. Aku duduk di pada kerusi sebelahnya.

“Ayah.”

Ayah pandang aku.

“Boleh tak saya nak tanya sikit.”

“Berkenaan apa?”

“Berkenaan arwah abang.”

“Hurm.” Ayah terus mengeluh.

“Kenapa ayah? Ayah ada merahsiakan sesuatu daripada saya ke?”

“Malas ayah nak ungkit lagi.”

“Ceritalah ayah,”

“Sebenarnya ayah dan mak kamu ni dah lama menganggung malu. Oleh sebab tu mak kamu tu mudha melenting. Dengan ayah pun kadang-kadang mak kamu meradang.” Ujar ayahku.

“Syuib!!!” Tiba-tiba ada orang panggil dari luar rumah. Kedengaran suara tu nampak seperti kelam kabut sahaja. Ada orang panggil ayah aku. Tergesa-gesa ayah aku keluar.

“Ada apa Zak?”

“Bini kau si Kiah tu bergaduh dengan Senah. Main tarik-tarik rambut.” Beritahu Razak. Aku yang saat ini sudah berdiri di sebelah ayah aku terkejut. Mak aku bergaduh dengan Senah? Baru tadi aku dengar mereka seronok mengumpat. Alahai mak aku ni…

“MAK bergaduh dengan Senah tu kenapa mak?” Aku tanya mak aku.

“Mak nak cili mulut dia. Kurang ajar sangat.”

“Dahlah tu Kiah.” Ayah memujuk mak sambil memandu kereta. Mak masih merengus geram dengan apa yang berlaku. Aku dah masak sangat dengan mulut Senah. Suka sebar cerita yang bukan-bukan. Dulu dengar cerita pernah kena ganyang dengan jirannya yang tak tahan duduk sibuk ambil tahu hal suami orang sekarang ni giliran mak aku pula diambil kisah.

“Macam mana saya nak bersabar bang? Cerita yang tak sedap sampai kat telinga saya ni hah masa saya sibuk beli barang dekat kedai runcit Ali tu. Apa lagi, saya pergilah cari dia. Mujur ada Jang tolong tumpangkan saya ke rumah Senah tu.” Perasaan marah mak masih bersisa.

“Saya malu bang. Sana sini orang duk mengata pasal keluar kita.” Mak melanjutkan kata-katanya. Aku yang berada di tempat duduk belakang terus mengunci mulut. Sudah pasti mak akan libatkan aku.

“Pasal kau edar dadah!”

“Kiah… Rasyid ni anak kita Kiah… boleh tak jaga mulut awak tu sikit.”

“Pasal dia edar dadah la mulut saya tak reti nak diam!” Bentak mak aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience