BAB 1

Romance Completed 2093

AKU dengannya hanya bertemu sekali sahaja itu pun pertemuan bermula di dalam bas. Renungan pertama dalam mengamati riak wajahnya yang selamba benar-benar membuatkan jiwaku goyah. Aku dan dia kebetulan di dalam bas yang sama.

Ketika itu pulang dari majlis konvesnyen perwakilan pelajar. Pada waktu itu ia diadakan di Pekan, Pahang. Pertemuan pertama itu sungguh bermakna sehingga aku seringkali membayangkan dirinya benar-benar wujud di hadapan mataku.

Saat di dalam bas, aku berada tidak jauh darinya. Dengan beraninya aku cuba bercakap. Cuba berkenalan biarpun aku tiada modal paras rupa. Sesungguhnya rasa suka telah membawa hati aku untuk dekat dengannya. Sekeping kertas aku keluarkan dari poket bajuku bersama sebatang pen dengan harapan dia sudi memenuhi permintaanku.

Aku kosongkan permikiran aku. Aku cuba positif supaya perkara negatif dapat aku singkirkan dari pemikiran. Semua itu kerana aku tidak mahu terus berada dalam ketakutan. Aku harus berani agar permintaan hati dapat ditunaikan biarpun aku tahu ia tidak semudah mengira 1, 2 dan 3 menggunakan jari.

Siapa sangka lelaki yang tidak tampan seperti aku ini cuba bertindak bagaikan seorang hero Hindustan dalam filem Bollywood mengejar heroin untuk merebut hati umpama kristal agar menjadi hak milik kekal. Besar sungguh harapan aku itu. Jika aku kecewa bagaimana?

Mungkinkah hati aku akan terhiris begitu sahaja? Sudah pasti ia sangat pedih seperti daging yang lapah kulitnya. Oh!

Semua itu aku tolak ke tepi. Belum cuba belum tahu! Jadi, aku pegang kata-kata itu dan semangat di dalam diri ini dikuatkan agar berhadapan dengannya nanti aku akan kelihatan seperti seorang lelaki bersemangat kental walaupun pada dasarnya ia tetap gugup.

Laju punggung ku angkat dan melangkah mendekatinya. Kenapa kau berani sangat? Kata-kata dalam kepala mula merasut. Kalau dia sama dengan perempuan lain bagaimana?

Bisikan itu melanjutkan kata-katanya. Apa aku peduli?! Laju aku meningkah hasutan itu yang mahukan aku mengalah. Bukan ke aku sudah kata, belum cuba belum tahu. Takkan semua perempuan di dalam dunia ini sama sahaja? Kalau begitu di mana jodoh kita? Itulah pertanyaan yang aku usulkan pada diri aku sendiri.

Kekecewaan lalu bukanlah penghalang untuk merebut cinta suci. Kekecewaan yang lalu mengajar aku mengenali siapakah pemilik cinta sejati. Ya, cinta pada Allah tetap aku abadikan dalam hati tetapi ini adalah kasih dan sayang sesama manusia. Ia juga perlu dan tidaklah Tuhan jadikan kaum Hawa melainkan sebagai peneman kaum Adam. Siapa peneman hidupku? Hatiku kesunyian tanpa teman.

Aku duduk di tempat yang kosong. Sengaja aku beralih tempat duduk agar aku berada dekat dengannya. Tidaklah aku duduk bersebelahan dengannya tetapi aku duduk di bahagian belakang tempat duduknya.

“Assalamualaikum.” Salam aku hulurkan.

Dia duduk di seat hadapan aku. Aku berada di seat belakang. Aku mengharapkan salam aku mendapat respon kerana sebelum itu aku telah mendapat satu respon yang kurang menyenangkan dari seorang perempuan yang lain.

Perempuan itu langsung tak layan. Aku sedar siapalah diriku ini untuk dibandingkan dengan dirinya. Sekarang gadis bertudung yang aku tegur tu menoleh. Manis sungguh wajahnya saat mengukir senyuman. Senyumannya itu menggoda jiwaku.

“Wa`alaikumussalam.” Wah! dia jawab salam aku.

Bertuah sungguh. Tapi tidaklah ku tanam harapan setinggi seperti Gunung Everest setelah layan diberikan olehnya kerana bagi aku, diriku sukar untuk ditegur oleh perempuan. Barangkali aku tak ada pakej kut.

“Balik mana?” Soalku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience