BAB 13

Romance Completed 2093

Aku akan naik teksi je balik ke sana nanti. Aku nak tenangkan fikiran dekat jambatan ni sambil tengok air tasik.

“Tak sangka pulak awak ni orang yang sama.”

Tiba-tiba aje aku terdengar suara orang lain dekat belakang. Pada petang itu aku dikejutkan dengan kewujudan gadis cantik dan manis.

“Awak ni siapa?”

“Kalau saya beritahu awak pun mesti awak tak percaya?” Balasnya sambil berdiri di tepi aku. Dia juga turut memandang air tasik itu.

“Awak kenal saya ke?”

“Sudah pasti saya kenal. Awak sombong.”

“Eh, suka-suka hati awak je cakap saya sombong. Kenal awak pun tidak.” Balas aku kerana aku langsung tidak mengenali gadis itu.

“Saya sepupu Ima.”

“Sepupu? So apa kena mengena dengan saya pula?”

Dia pandang aku lama-lama. Apa dia nak sebenarnya? Aku pun tak faham. Dia ikut aku sampai ke sini.

“Dia tak boleh terima awak dalam hidupnya.” Dia sudah mula berbicara. Dia mengaitkan Ima dalam kata-katanya. Seorang gadis yang tinggi lampai itu serius dalam berbicara. Dari riak wajahnya itu tiada langsung tanda main-main.

“Dia minta saya sampaikan surat ni. Awak bacalah…” Dia menghulurkan sekeping kertas kepada aku. Aku teragak-agak untuk mengambilnya tetapi dia mohon agar aku membacanya sebelum membuat sebarang keputusan. Akhirnya surat itu aku capai.

“Saya balik dulu. Assalamualaikum…”

“Wa’alaikumussalam.” Dia terus beradar.

Maafkan saya Rasyid. Saya dengan awak selayaknya hanya mampu bergelar sebagai seorang kawan sahaja. Bukan saya tidak mahu menghubungi awak, tetapi saya ada cita-cita yang perlu saya gapai. Pada masa itu belum terlintas di fikiran saya untuk bercinta namun kuasa Ilahi membuka pintu hati saya untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup saya. Razif adalah orangnya. Semua ini bermula ketika Razif menyelamatkan saya dalam kes ragut. Kalau bukan kerana dia, awak mungkin tidak akan berjumpa dengan saya lagi.

Di dalam kebuntuan, saya tidak tahu memilih… awak baik orangnya. Saya tahu awak begitu setia. Tini menceritakan segala-galanya pada saya. Tini membiarkan sahaja hatinya disakiti awak. Cubalah awak belajar menerima kelebihan dan kekurangan orang lain juga. Tolonglah biarkan saya bahagia bersama Razif. Sewaktu solat Istikarah, hati ini kuat mengatakan Razif adalah orangnya. Sejujurnya saya tahu niat awak tu kerana awak pernah terlepas cakap pada Tini orang yang awak tidak pernah melihat wajahnya walaupun di dalam dunia fac. Percayalah pada takdir ini. Saya bukan untuk awak…

Tanpa ku sedar… air mata ini menitis sebagai tanda kekecewaan. Ya Allah… adakah dia bukan untuk aku? Surat itu terlepas dari tangan dan terjatuh ke dalam tasik itu bersama harapan aku yang hancur berkecai.

Tini… tiba-tiba ingatan ini terarah pada Tini perempuan yang membuatkan aku rasa rimas. Selalu ambil cakna pasal aku. Hari-hari hantar mesej tapi aku tak layan. Tadi tu Tini ke? Sepupu Ima? Adakah dia akan memaafkan aku. Akhirnya aku mengeluh sendiri di situ.

“Tini… kalau benarlah awak adalah jodoh sebenar saya, adakah awak akan memaafkan saya?” Ish! Tak boleh ni. Aku kena ubah ucapan lain. Aku cuba menyusun ayat semula.

“Tini…” Ah! Tak jadi.

Erm…

“Tini… adakah awak sudi jadi peneman hidup saya?” Aku bercakap sendiri. Tengah praktis ni kerana aku berusaha untuk kuburkan ingatan terhadap Ima. Aku kena belajar menerima kenyataan itu.

“Tina… eh Tina pulak.” Aku dah tersasul.

“Tini… sudikah awak menjadi pelengkap hidup saya?” Haa… yang okey, cuma kena tambah sikit aje lagi.

“Tini… sudikah awak menjadi…”

“Saya sudi…” Tiba-tiba ada suara mengikut dekat belakang aku. Cepat-cepat aku menoleh. Terperanjat aku. Kelibat Tini muncul semula. Dia tersenyum melihat aku. Tak sangka aku rupa-rupanya perempuan itu adalah Tini… cantik orangnya. Memang tak padanlah dengan aku yang buruk ni. Alahai…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience