BAB 3

Romance Completed 2093

Sekarang ni otak aku kusut memikirkan kehendak hati yang kesunyian. Aku alihkan otak dari memikirkan Tini kembali semula kepada Ima. Ima… dah dua tahun awak dekat Australia, kenapa tak pernah hubungi saya? Aku bersedih hati.

“Woi!” Terperanjat aku. Bergegar meja gara-gara disergah oleh kawan baik aku sendiri.

“Jang! kau ni apa hal?” Terpisat-pisat aku.

“Sergah sikit je dah terkejut.” Jang menarik kerusi lalu duduk di hadapan aku. Aku merengus geram sambil mengempal tangan. Kemudian aku lepaskan semula genggaman itu kerana aku tidak manuy mengikut rasa amarah yang bakal memusnahkan aku.

“Erm…”

“Sejak akhir-akhir ni aku tengok kau muram je. Kenapa? Kerja banyak sangat ke siang tadi?” Jang lelaki kurus tinggi berkulit cerah dan berambut lurus itu berkerut dahi memandang wajahku yang bermuram. Mana tidaknya, penyakit rindu dah menyerang tidak kira tempat. Di kedai kopi juga aku melayani fikiran sendiri.

“Kau dari mana ni?”

“Aku dari rumah Siti, hantar card reader.”

“Pinjam lagi? Tak reti-reti ke dia nak beli sendiri?”

“Yang kau nak kisah sangat ni kenapa? Biarlah… untuk Siti aku sanggup bagi pinjam apa sahaja termasuk hati aku ni.” Selama Jang menjawab. Eleh, macamlah aku tak tahu bahawa dia tu syok dekat Siti.

Dari dulu lagi dia berkenan dekat Si Siti tu, cuma Siti je yang tak tahu. Jang ni pun satu hal, tak berani meluahkan isi hati sebenar. Kalau tunggu perempuan yang mulakan dulu memang sampai kiamatlah Jang takkan dapat memiliki Siti.

“Cakap memang senang, habis tu kenapa kau tak luahkan isi hati kau dekat dia? Lambat-lambat nanti dia tu dikebas orang. Siti tu lawa orangnya. Bukan setakat cantik, rajin pula tu. Kalau aku dapat Siti tu, hari-hari dapat makan roti canai free.” Usik aku dan Jang berubah riak wajah.

Dia seolah-olah terfikir. Mungkin dia berasa takut akan kehilangan Siti sekiranya dia terus memendamkan perasaan suka terhadap Siti.

“Tapi malam ni dia tak menebar roti, kenapa? Sebab warung tu tak buka aku datang minum dekat sini malam ni.” Aku melanjutkan kata-kata supaya Jang tidak terus merenung tajam ke arah aku.

“Dia demam.” Jawab Jang acuh tak acuh je.

“Oh demam…”

“Dah kau ni Syid termenung dekat sini apa hal? Bukan main parah dah kau ni. Fikirkan masa depan ke?”

“Masa belakang.”

“Hohooo… orang dah tak fikirkan masa silam la bro kerana masa silam akan terus tenggelam dan ia sudah ditinggalkan. Sekarang ni orang terkejar-kejar nak majukan diri tapi kau ni…”

“Dah. Jangan nak sekolahkan aku lak Jang. Aku tak separah seperti yang kau fikirkan.”

“Kau ya tak parah kenapa dalam air kau ni ada jentik-jentik?” Sempat dia mengusik aku.

“Tawar.” Selamba aku member alas an.

“O tawar… setahu aku Zeman buat air selalu manis, dan kau akan minta dia tambah air. Jangan nak kelentong aku la Syid. Kau teringatkan perempuan tu kan?”

“Perempuan mana pulak ni?” Aku buat-buat tak faham sedangkan aku tahu siapa yang Jang maksudkan. Aduhai dia ni sibuk betul la. Hal dia dengan Siti pun tak selesai sampai sekarang ada hati nak jadi doktor cinta dalam masalah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience