BAB 5

Romance Completed 2093

“Siapa tu?”

“Ima.”

“Ima?!” Terkejut aku bila terdengar nama tu. Biar betul Ima? Tahu pula dia jalan ke rumah aku? Rasa mcam tak percaya je.

ARGH! Perasaan bengang masih bersarang. Jang tersengih-sengih. Dari petang tadi sampai ke malam perasaan lucu terbawa-bawa. Ada jugak yang makan penumbuk ni nanti. Suka sangatlah tu.

“Dah la!” Marah aku.

“Aku dah agak!”

“Apa agak-agak?” Aku merengus geram. Rasa nak luku je kepala Jang tu termasuk Siti sekali! Tapi Siti oleh dimaafkan lagi kecuali Jang. Kalau bukan idea Jang idea siapa lagi? Sah-sah idea Jang Spanar ni bikin aku panas.

“Dengan bertuala sahaja kau buka pintu. Buat malu ke dekat Siti.” Kata Jang disusuli katawanya menggila. Bergegar meja makan saat dia ketawakan aku. Siti duk jeling-jeling je sambil tersengih-sengih mengejek aku. Mereka berdua ni tak habis-habis gelakkan aku.

“Duk tunggu perempuan yang baru berjumpa sekali je sampai dua tahun lebih. Setia sungguh kau ni Syid…” Ejek Jang lagi.

“Orang kemaruk cinta memang macam tu la.” Siti mencelah.

“Diamlah kau Siti! Buat je kerja kau tu. Orang tebar roti je jangan bercakap nanti tersembur perisa tambahan dalam roti tu nanti, hilang selera aku anak makan.” Geram aku dekat Siti. Mereka berdua boleh berpakat kenakan aku. Menyesal aku menceritakan hal itu kepada Jang. Tak sangka pula aku Jang boleh cerita dekat Siti pula. Memang tak boleh dipercayai langsung. Nasib baik kain tuala aku tu besar, tak adalah nampak pusat mahupun lutut aku. Aurat masih lagi terjaga. Huh! Tapi kan, memang aku betul-betul nak tahu adakah itu Ima. Silap aku juga kerana tidak selak langsir terlebih dahulu terus je tarik tombol selepas dipulas.

“Eh eh… marah nampak.” Siti gadis bermata bundar masih tersengih-sengih. Tak habis-habislah mereka ni mengusik aku. Kadangkala menyakitkan hati. Menjadi seorang lalaki yang tidak sempurna dari pakej pujaan ni memang seringkali dipermainkan. Sampai bila? Atau semua ini hanyalah perasaan aku sahaja? Huh! Keluh hatiku mengenangkan apa yang berlaku. Di saat jiwaku keberatan seperti ini, ada sahaja yang cuba menguji. Aku manusia biasa yang memiliki batas kesabaran. Tolong jangan uji kemampuan aku kawan…

“Aku nak balik!”

“Merajuk pulak… makan la dulu, aku belanja. Meh…” Sengaja Jang memujuk kononya aku akan termakan pujuk agaknya. Aku sepatutnya lebih mengenali aku kerana sudah lama dia berkawan dengan aku. Melihat dari cara dan sikapnya seolah-olah membataskan waktu untuk aku terus sabar. Jika dia mempersendakan aku, kali ini aku tidak akan biarkan. Apa nak jadi, jadilah!

“Dah tak ada selera. Kau makan je la dengan Siti tu!” Aku terus tunjuk perasaan dengan menolak kerusi. Geram sangat!

AKU duduk atas motor sambil menopang dagu. Aku sedang memerhati budak-budak main bola sepak dekat padang sekolah tu. Waktu petang aku habiskan begitu sahaja kerana rasa bosan mengulit hati.

“Abang Rasyid! Jom la join kitaorang!” Pekik budak kepala botak dari jauh. Adik lelaki Jang panggil aku turut serta. Pelawaannya itu pasti aku tolak. Aku tidak mahir main bola dan aku tak boleh main bola.

“Main la, abang tak reti.”

“Tipu!” Syafiq datang dekat aku. Dia berkaki ayam sahaja. Rata-rata budak-budak tu main bola tanpa kasut. Biasalah budak kampung main bola memang begitu.

“Abang kan pernah jadi wakil sekolah. Abang Afiq beritahu abang hebat main bola. Jomlah abang, tak cukup orang ni. Abang jadi keeper? Boleh?”

Ceh! Jadi keeper suruhnya. Dia ingat aku ni apa? Aku layak jadi striker tau tak! Budak ni memperlekehkan aku. Tapi… budak-budak ni bukan lawan aku, erm… aku berfikir sejenak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience