BAB 4

Romance Completed 2093

“Ima.”

“Huh!” lemah jantung aku.

“Atau…”

“Jangan nak serkap jarang.”

“Biar aku habis teka dulu.”

“Ye la…”

“Kalau bukan Ima… mesti…” Jang belum sempat menghabiskan kata-katanya, telefon bimbit aku pula berbunyi. Aku terus mencapai telefon bimbit terbiar sepi di atas meja lalu memandang pada skrin, dia lagi… aku seperti tidak ikhlas melihat nama yang tertera.

“Tak ada orang lain lagi…” Usik Jang memerhatikan aku belum lagi menekan punat hijau. Aku mengalihkan pandangan mata kemudian aku telefon itu aku tekap pada telinga sejurus butang hijau aku tekan.

“Hello.” Jawab aku.

“Haa jawab pun. Kenapa susah sangat nak angkat telefon? Dah banyak kali hari ni saya call awak. Kalau ya pun busy hantarlah mesej beritahu yang awak tu busy. Tak adalah saya risau sangat. Dah macam-macam saya fikir. Adakah awak sakit ke? Awak deman ke? Sekarang ni musim orang demam tau. Erm, awak sihat tak?” Inilah salah satu sebab kenapa aku kurang berminat dengan cara Tini. Suka cakap banyak.

Sekilas aku memandang pada Jang. Nampaknya Jang hanya senyum mengejek. Dia faham situasi aku sekarang ni. Aduhai parah… parah… tadi aku kata tak parah. Bila panggilan Tini muncul keadaan mula kacau.

PULANG dari kerja aku terus rebahkan tubuh di atas sofa. Penatnya bukan kepalang. Biarpun kerja aku tidak memerlukan tenaga yang banyak tetapi memerlukan otak untuk berfikir. Apabila otak sudah lenguh berfikir maka saraf juga ikut penat. Sekarang jadilah rupa orang keletihan. Aku bekerja sebagai juruteknik komputer. Akulah bos dan akulah kuli. Dua dalam satu.

Sebenarnya aku baru sahaja membuka perniagaan setelah dua tahun aku menimba pengalaman pekerja dengan syarikat swasta. Dengan duit yang aku kumpul selama dua tahun itu maka aku memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Belajar dari bawah.

Aku tidak memiliki harta kekayaan dan aku hanya ada sebuah motosikal Lagenda Yamaha berwarna putih. Dengan motosikal itulah aku berulang-alik mencari barang-barang yang mesti aku dapatkan serta dengan motosikal itulah yang membawa aku ke sana ke mari.

Motosikal tersebut banyak berjasa padaku dan tidak akan aku lupakan budinya terhadapaku. Barangkali aku tiada kekayaan dan juga rupa parah menyebabkan aku tidak didekati mana-mana gadis. Sewaktu di kedai aku tu, ada sahaja gadis yang datang memerlukan khidmat aku membaiki komputer. Bukan sahaja membaiki komputer malah perkhidmatan fotokopi juga disediakan. Perniagaan sebegini elok dibuka dekat dengan institute pengajian maka akan ramai pelajar datang untuk print dan fotostat bahan pelajaran mereka.

Pejam celik pejam dan celik, sudah tujuh bulan aku beroperasi. Hari ini adalah hari rezeki yang Allah berikan sangat lumayan. Menerima banyak tempahan fotostat. Alhamdulillah aku bersyukur kepada-Nya.

Untuk memiliki pekerja mungkin belum lagi kut kerana ekonomi belum lagi stabil. Ah aku malas la nak fikir soal kedai. Sekarang aku nak rehat sepuas-puasnya. Alahai! Aku bangkit semula. Macam mana aku boleh lupa ni? Aku tergaru-garu kepala. Menjengah jam di tangan, dah pukul 6.30 petang! Solat Asar! Aku cepat-cepat mandi.

“Assalamualaikum…” Ada orang beri salam saat aku hanya bertuala sahaja. Siapa yang datang ke rumah aku ni? Suara tu seperti suara perempuan. Malu aku nak pergi buka pintu dalam keadaan macam ni.

“Assalamualaikum…” Sekali lagi ucapan salam dihulurkan dan aku serba salah pula. Nak buka pintu ke tak nak ni?

“Tuan rumah tak ada.” Jawab aku. Eh! Buat lawak ke apa ni? Isy!

“Rasyid!” Nada suara terus tinggi di saat aku berdiri di belakang pintu tanpa membukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience