BAB 12

Romance Completed 2093

“Aku tahulah kau nak ke masjlis kahwin adik perempuan Inspektor tu.”

“Dah tu tanya buat apa?”

“Masalahnya niat kau tu betul ke tak? Ima tu dah jadi bini orang Syid, takkan kau nak usha dia lagi. Kau ni tak serik-serik ke?” Kata-kata Jang menyedarkan aku. Ia berkaitan dengan niat.

Memang niat aku tak betul kut. Semata-mata nak tengok Ima je. Nak berbual dengan Ima. Dia bini orang Syid! Kata-kata dalam kepala juga mengingatkan aku sebagaimana Jang.

Habis. Perasaan rindu aku membawa aku ke sini. Aku rindu dekat Ima. Dua tahun aku tunggu dia. Mana hasilnya? Kekecewaan aku dapat. Aku setia… setia untuk memiliki dia tapi kenapa mesti Inspektor Razif tu yang dapat? Bagaimana semua itu bermula? Aku sendiri tidak tahu.

“Jemputlah makan, jangan tengok je lauk tu.” Pelawa tuan rumah. Aku sekarang berada di rumah itu. Rumah sederhana besar tapi meriah dengan tetamu jemputan menikmati juadah. Majlis perkahwinan adik perempuan Inspektor Razif berjalan lancar. Sebenarnya aku tercari-cari kelibat Ima. Entah di mana.

“Pakcik… pakcik…” Eh? Intan duk tarik seluar aku. Tak perasan pula aku ada budak kecil.

“Ada apa?”

“Pakcik pijak selipar saya.” Katanya. Oh! Aku tak perasan langsung.

“Minta maaf.”

“Nasib baik tak pijak kaki saya.” Ucap Intan lalu beredar. Budak kecil tu buat apa menyibuk dekat kanopi ni. Pergi main jauh-jauhlah, aku tengah cari Ima ni entah dekat mana dia berada. Walau bagaimanapun… aku mesti meminta keizinanan seseorang untuk bertemu dengan Ima. Ya… suaminya. Aku mesti meminta izin… ah! Kalau dia fikir yang bukan-bukan bagaimana? Mati aku macam ni.

Kali ini aku terpaksa curi-curi jumpa. Aku nampak kelibat Intan. Aku panggil dia. Dan budak perempuan itu pun datang. Aku meminta dia panggilkan Ima kerana panggilan telefon tidak dijawab oleh Ima. Mungkin sibuk agaknya. Walau bagaimana pun aku teringin sangat nak jumpa dia.

“AWAK tahu tak cara awak ni salah?”

“Salah? Kenapa pula salah?” Tanya aku terpisat-pisat.

“Kenapa awak berani berdiri tepi tingkap bilik ni?”

“Kerana saya nak jumpa dengan awak.” Beritahu aku terpaksa bertindak bodoh. Memang bodoh sangat. Intan yang menunjukkan lokasi di mana bilik Ima berada.

“Saya ada suami! Kenapa awak degil?”

“Memang awak ada suami tapi…”

“Tapi apa?” Pertama kali aku melihat riak wajah Ima benar-benar marah. Dia marah di atas cara aku itu. Apa aku perlu buat sedangkan aku hanya nak berjumpa dengan Ima sahaja.

“Tapi…” Tiba-tiba aku ternampak kelibat Ustaz Haji Azman. Dia pun ada? Ya la, itukan anak saudara dia yang kahwin memang patut pun dia ada dekat sini.

Akhirnya kebencian Ima terlahir dari gara-gara sikap membabi buta dariku. Ima marah dan dia meradang dengan sikap sebegitu. Aku pula menyalahkan diri aku sendiri.

“Astaghfirullah al`adzim Rasyid… kau ni kenapa? Dengan bini orang pun kau nak usha?” Mungkin itu yang bakal terkeluar dari mulut mak aku kalau aku beritahu tentang isi hati aku. Eh? Kenapa pula pada mak aku mesti aku beritahu? Aku melayani fikiran aku sendiri. Aku meninggalkan majlis itu. Aku pergi bawa diri. Ayah dan mak aku sibuk hubungi aku akhirnya aku hantar pesanan kepada mereka.

Mak dan ayah baliklah dulu ke homestay – pesan aku kepada ayah aku melalu sms.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience