BAB 2

Romance Completed 2093

“Marang.” Aisey... dia nak balik Marang.

“Sehaluan kan. Best tak majlis tu?” Soalku lagi yang memulakan bicara tanya itu dan ini. Aku fikir dia tak nak jawab kut memandangkan dia senyap seketika.

“Okey je.” Katanya.

“Nama saya Rasyid. Nama awak?”

“Nama saya Ima.” Cantik jugak namanya. Secantik orangnya juga. Kecantikan fizikal seseorang perempuan adalah suatu anugerah. Bagiku semua wanita yang ada di dalam dunia ini cantik. Walaupun Ainul Mardhiah merupakan bidadari tercantik di akhirat kelak namun kecantikan seorang isteri yang solehah tetap mekar di hati suami apabila berada di syurga Allah kelak kerana Allah telah menjanji Ainul Mardhiah itu adalah milik syuhada.

Aku dah mula nak borak-borak dengannya kerana dia memberikan respons positif. Senyuman manisnya membuatkan jantung aku terus berdetak kencang dan bakal gugur bila-bila masa sahaja. Alahai kenapa aku boleh rasa macam ni? Mungkin inilah rasa normal. Aku pun hukurkan kertas dan sebatang pen padanya.

“Apa ni?” Tanyanya kehairanan melihat kertas dan pen yang aku hulurkan itu. Aku pun bingung kenapa tangan aku cepat bertindak sebelum otak sempat mengatur strategi? Rasanya tidak perlu aku pertikaikan lagi apabila hati sudah suka.

“Boleh awak turunkan tandatangan awak dan nama awak sekali. Saya nak buat tanda kenangan.” Beritahu aku dan memang itulah niat aku kerana aku nak simpan kenangan tu setelah berkenalan dengan para perwakilan pelajar yang lain. Aku tak sangka pulak dia ni peramah orangnya. Tanpa banyak tanya dia pun ambil dan terus tulis. Apa yang best....

“Nak nombor telefon sekali ke?” Soalnya pada aku. Ima siap bagi respon macam tu. Kalau dah nak kasi boleh kut, tapi aku tak harap sangat cuma kalau dia kasi itu satu bonus. Aku pun tengok dia catit nombor telefon bimbitnya di atas nota tu. Hati aku melompat riang. Kalau aku melompat betul-betul nanti jadi sewel pulak.

“Terima kasih.” Aku senyum dia pun senyum. Hati lelaki aku cair beb.

Akhirnya Ima kasi nombor telefon. Sesudah aku dan dia berpisah dari kenderaan itu. Aku jadi rindu. Rindu yang teramat dalam padanya. Kala malam sebelum tidur aku perhatikan sahaja buku nota tu. Tak berani aku nak telefon dia. Aku fikir yang bukan-bukan. Aga-agak dia layan tak kalau aku call? petanyaan dalam kepala aku berbicara. Aku tak call jugak. Aku tak berani. Satu benda je yang aku kurang senang. Adakah dia sudah milik orang lain?

Tidak lama selepas tu aku beranikan diri hantar SMS. Dia bagi respon, aku pun senyum bahagia Ima... aku tak sangka kau balas sms aku. Tapi aku tak yakin dengan diri aku. Aku mendiamkan diri kerana perasaan aku sudah menyatakan dia sudah ada yang punya.

Beberapa bulan kemudian, aku call dia kerana rindu aku terbawa aku ke situ, aku ke tempat di mana majlis konvensyen pernah berlangsung. Automatik aku ingat dia jadi dia aku hubungi. Di situlah bermula... kini aku dan dia menyambung persahabatan akan tetapi....

“Saya dapat tawaran belajar di Australia.” Beritahunya di hujung talian telefon. Aku sedikit kecewa kerana aku akan berjauhan darinya selama dua tahun. Aku hanya sekali bertemu dengannya dan takkan sekali itu sahaja? Tak apalah, dia dapat sambung belajar dekat negara orang. Apa yang aku mampu lakukan hanya doa untuknya semoga dia berjaya. Amin....

KOPI di atas meja sudah dingin. Tidak aku sisip ketika panas tadi dan kini meinuman itu terbiar begitu sahaja. Aku menopang dagu memikirkan soal jodoh.

Man tidaknya, setelah tamat pengajian aku dua tahun lalu aku masih merinduinya. Rindu pada suaranya, rindu manatap wajahnya dan rindu segala-galanya. Dua tahun dia menyepi dan selama dua tahun itu juga banyak perkara yang berlaku.

Tini gadis Fac selalu menghubungi aku. Aku dan dia berkenalan di ruang maya itu. Tini seorang gadis yang rancak berborak. Tidak hanya pada ruang sembang di Fac malah di dalam telefon juga dia suka bercakap. Aku pun tak tahu dia ni perempuan yang macam mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience