Si lelaki tolak perlahan pintu pagar tersebut sebelum ditutup rapat. Sebaik sahaja badan dipalingkan membelakangi pintu pagar Aikha, nafas dihembus perlahan. Rambut hitam pekat yang terjuntai di dahi dia sauk ke belakang menggunakan tangan kanan.
Setelah itu dia tilik jam tangan tangan kiri. Jam hampir menunjukkan pukul 11 malam. Dia kena balik ke rumah sekarang.
Kaki mula menyentuh jalan tar sebelum hoodie ditarik menutup kepala. Baru beberapa langkah, dia terdengar bunyi orang terjatuh. Perlahan badan ditoleh ke belakang.
Di belakangnya terdapat Aaron yang sudah terjelepok di atas lantai. Di sebelahnya ada plastik besar berwarna hitam. Mungkin dia sedang keluarkan sampah.
Wajah Aaron pucat. Dia terngadah sambil matanya tak lepas memandang wajah si lelaki. Bibir Aaron menggeletar kuat.
Si lelaki sengetkan kepala sebelum bibir pucatnya ukir senyum sinis. Dia terfikir satu idea nakal. Perlahan kakinya dilangkah ke arah Aaron yang masih lagi kaku dia atas jalan tar.
Anak matanya tak lepas menikam wajah kedu Aaron. Peluh sejuk mula terbentuk di dahi Aaron bila tubuh si lelaki merapat.
Tap.
Tap.
Tap.
Dan si lelaki berhenti tepat satu meter dari Aaron. Hoodie di atas kepala dia lurutkan sebelum tangan kanan diangkat dan digunakan untuk meraup kasar rambut hitam pekatnya.
Wajah Aaron pucat.
Seakan tidak berdarah.
Si lelaki menunduk sebelum bibir pucatnya membentuk senyum senget.
" I.. Idd.. Iddean..?"
Suara Aaron tersekat. Kuat tubuhnya menggelatar.
Wajah si lelaki berubah sebaik sahaja nama Iddean disebut.
Dia sepetkan matanya kerana tersenyum.
" Boo!"
Dan laju Aaron berdiri sebelum kalut berlari ke dalam rumah. Langsung dia tak toleh kembali ke belakang. Hampir juga dia tersadung akibat tersepak tangga.
Perbuatan Aaron buatkan si lelaki senyum sinis. Dia tegakkan badan sebelum sekali lagi rambut yang terjuntai di dahi dia sebak ke belakang. Hoodie ditarik menutupi kepala sebelum dia mula melangkah pergi.
Si lelaki senyum sinis.
Nampaknya kawan-kawan dia masih belum lupakan dia.
Dan mereka masih lagi ingat salah mereka pada dia.
Tapi kenapa, 'dia' boleh lupa?
Dan dia berdecit geram.
Dia kena cari cara untuk buat 'dia' ingat kembali.
×××××××
Aikha masih lagi terduduk lemah di atas lantai setelah Iddean melangkah pergi. Dia pegang dada sendiri yang berdegup laju.
Kenapa wajah Iddean sangat menakutkan tadi?
Seakan Iddean marah pada dia?
Kejadian lima tahun lepas ada kaitan dengan dia ke?
Tapi kenapa.. dia tak ingat apa-apa?
Apa yang di ingat hanyalah penceraian antara ibu dan ayah dia. Perpisahan antara Aikha dan juga Luth. Serta Aikha dan ibunya yang berpindah keluar daripada rumah lama mereka.
Perlahan Aikha cuba untuk berdiri sebelum dia tarik rapat kardigan kait ke tubuhnya. Kaki yang menggetar dilangkah ke arah si Putih yang masih lagi ralit makan makanan kucing di dalam tin. Baru sahaja dia nak membongkok untuk mengangkat si Putih, dia terdengar suara jeritan garau lelaki menerobos telinga dia.
Zap!
Tubuh Aikha kembali tegak. Dengan kaki yang menggeletar dia melangkah ke arah pintu pagar tempat Iddean keluar. Baru sahaja dia sentuh pintu pagar, dia terdengar bunyi kereta ibunya.
Shit!
Mati dia kalau ibunya tahu dia menyelinap keluar. Laju Aikha sauk si Putih ke dalam pelukan sebelum kakinya melangkah ke pintu belakang rumah. Pintu ditutup laju sebelum dikunci.
Selesai aje dia mengunci pintu, suara ibunya bergema. Kalut Aikha berlari ke arah suara Aina yang berada di ruang tamu. Sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu, wajah bengis Aina menyapa mata.
Aina melangkah merapati anak perempuan dia sebelum dipandang atas bawah. Kedua kening lebatnya berkerut.
Zap!
Dia cengkam kasar lengan kanan Aikha.
" Kenapa kamu pakai kardigan dalam rumah? Nak lari dari rumah ke?!" Berdentum rumah mereka dengan jerkahan garang daripada Aina.
Aikha sudah kecut perut. Dia telan liur yang terasa berpasir. Dengan kudrat yang ada segera kepala digeleng.
" Ma.. mana ada ibu. Aikha cuma sejuk."
Terketar-ketar suara Aikha. Matanya juga dielak daripada bertembung dengan mata Aina.
Aina tajam merenung wajah anaknya.
Lama.
Dan akhirnya dia lepaskan lengan kanan Aikha. Kot di tubuh dia lurutkan sebelum campak pada wajah Aikha. Segera tubuh dia hempas pada sofa.
" Pergi tidur. Kamu ada sekolah esok?"
Masih lagi keras nada Aina.
Kalut Aikha mengangguk. Segera Aikha campak kot ibunya ke dalam bakul baju kotor sebelum Aikha melangkah menaiki tangga. Menuju ke arah biliknya yang berada di ti gkat atas.
Sebaik sahaja dia sampai di dalam bilik, laju pintu ditutup. Tidak kuat atau terlalu perlahan. Segera Aikha mencari kertas orang hilang yang ada gambar Iddean. Sebaik sahaja keryas tersebut dicapai, dia renunv wajah Iddean.
Wajah yang muda lima tahun daripada Iddean sekarang.
Ke mana Iddean menghilang lima tahun lepas?
Apa yang terjadi pada dia?
Dan.. kenapa dia kembali hanya selepas lima tahun.
Persoalan mengenai Iddean masih lagi tidak hilang daripada kepala Aikha. Dan dia tekad. Tekad untuk melawat rumah Iddean pada hujung minggu ini.
Kerana dia yakin, rumah itu ada menyimpan petunjuk mengenai apa yang berlaku lima tahun lepas.
×××××××
" Siapa yang tak datang hari ini?"
" Aaron!"
Suara budak kelas Aikha bergema. Aikha masih lagi khusyuk mengemas barang sebelum disimpan ke dalam beg galasnya. Sebaik sahaja guru kelas mereka melangkah keluar, rakan-rakan lelaki Aikha terus membentuk bulatan.
Nampaknya nak bergosiplah tu.
Aikha berjalan beriringan dengan kawan dia, Sara sebelum dia perasan sesuatu. Dia tertinggal buku nota BM dia di dalam kelas.
" Tak payahlah. Kita dah keluar dah pun kawasan sekolah." Sara dah membebel namun Aikha hanya mampu hulur senyum.
Dia senyum senget pada Sara.
" Esok ada waktu BM. Tak boleh tinggal Sara. Sorry." Dia kerdip mata perlahan tanda meminta maaf sebelum segera melangkah pergi.
Langsung tak sempat Sara nak buka mulut untuk membebel lagi. Sebaik sahaja sampai di depan kelas, langkah Aikha mati. Kerana dia baru perasan sesuatu.
Di dalam kelas dia penuh dengan budak lelaki. Macam mana dia nak masuk?
Dia rasa segan.
Tapi segan dia boleh bawa dia sampai mana aje?
Akhirnya Aikha tekad untuk masuk. Baru sahaja Aikha nak ketuk pintu kelas, suara Rayyan bergema.
" Aaron terserempak dengan Iddean semalam."
Kaku.
Semua budak lelaki di dalam kelas 5 Zuhrah kaku.
Termasuk Aikha yang statik berdiri. Kakinya terasa seakan terpasak pada lantai. Otaknya mula terfikir.
Semalam?
Bukan setiap hari dia datang rumah Aikha kan?
Dan Aaron jiran dia. Tapi kenapa rakan-rakan lelaki dia seakan terlalu terkejut.
" Dan hari tu Aikha ada bagitahu dia ternampak Iddean."
Diam.
Dan dapat Aikha dengar suara seseorang menyumpah. Itu suara Hadi. Rakan baik Iddean.
" Shit! Macam mana kalau Aikha ingat balik?"
Diam.
" Ingat apa?"
Dan wajah semua budak lelaki di dalam kelas Zuhrah pucat. Mereka automatik toleh ke arah pintu kelas mereka. Aikha dengan pakaian sukan tegak berdiri di hadapan pintu kelas mereka.
Dan wajah Aikha keliru.
Lelaki-lelaki yang lain mati kata. Perut mereka mula terasa sebu dan mereka ketap kuat bibir mereka. Risau.
Rayyan segera berdiri sebelum melangkah ke arah Aikha. Bibirnya senyum palsu. " Kau kenapa datang balik?"
Aikha peluk tubuh. " Aku tertinggal buku nota BM. Kenapa?"
Rayyan langsung tak membalas, sebaliknya dia ke tempat duduk Aikha sebelum mencari buku nota BM Aikha. Sebaik sahaja dia jumpa, buku tersebut dia campak pada Aikha. Kalut Aikha sambut buku milik dia.
" Apa masalah kau?" Nada suara Aikha naik. Dia jeling tajam Rayyan yang masih lagi tegak di sebelah mejanya.
Rayyan berdehem sebelum melangkah ke arah Aikha. Dia pusingkan badan Aikha, buatkan kedua kening Aikha.
" Apa,"
Dan ayat Aikha dipotong oleh Rayyan.
" Jumpa esok Aikha!"
Tubuh Aikha ditolak ke hadapan.
Dan, bam!
Pintu kelas itu tertutup rapat. Aikha toleh. Perasaan curiga mengenai perbualan rakan sekelas dia tadi makin menebal. Kenapa mereka macam seakan rahsiakan sesuatu daripada dia?
Apa maksud mereka tadi?
Ingat sesuatu?
Aku ada lupa something ke sebelum ni?
Aikha mengeluh lemah. Perlahan dia pusingkan badannya ke belakang sebelum mula melangkah ke arah pagat sekolah. Lebih baik dia tanya Luth. Mungkin adiknya tahu sesuatu.
Dan seakan takdir, Aikha lihat Luth sedang menyandar pada pagar sekolahnya sambil membaca buku. Baju sekolah putih masih terlekat di tubuh Luth. Lengan kemeja panjang itu sudah dilipat hingga ke paras siku dan tali leher sudah terlerai dari leher Luth.
Aikha melangkah ke arah Luth dengan wajah ceria.
"Luth!"
Luth automatik mendongak sebaik sahaja mendengar suara Aikha. Bibir merahnya mula membentuk senyum manis sebaik sahaja Aikha berdiri tegak di hadapan dia.
" Kenapa datang sekolah Aikha?"
Luth tidak menjawab, sebaliknya dia mengangkat kedua tangannya ke sisi wajah Aikha sebelum wajah itu diteliti. Mata Aikha terkedip-kedip kerana terkejut dengan tindakan Luth.
Bila Luth yakin yang luka di wajah Aikha sudah sembuh, wajah itu kembali dilepas sebelum tubuh ditegakkan. " Kenapa Aikha balik lambat hari ni? Luth tunggu dekat rumah tak sampai-sampai."
Luth mula membebel sebaik sahaja kaki mereka mula melangkah. Aikha hanya mampu tayang sengih. Lupa yang hari ni hari dia melawat Luth.
" Aikha tertinggal buku tadi."
Kepala Luth terangguk faham. Kaki mereka mula membelok dan kini melangkah ke arah kawasa perumahan mereka. Aikha tarik rapat beg galasnya ke bahu. Terfikir patut ke dia tanya Luth pasal Iddean.
" Luth."
"Hmm?"
Dan kepala ditoleh. Anak mata mereka bertembung. Mata bundar itu bulat bertanya pada Aikha.
Aikha telan liur.
Dia sedar pertanyaan dia amatlah sensitif.
"Kalau Aikha tanya Luth jangan marah okay?"
Senyum senget terukir di bibir merah Luth bila mendengar ayat Aikha. Dia peluk tubuh. " Depends."
Langkah kaki Aikha mati.
Buatkan Luth turut terhenti. Wajah Aikha yang serius buatkan Luth kerutkan kedua kening. Dia mula naik pelik. Dia lihat Aikha sudah terketap bibir, aksi yang dia sering lakukan bila resah.
" Aikha?"
Aikha mendongak. Dan pandangan mereka bertembung.
" Luth ingat tak apa yang berlaku pada Iddean lima tahun lepas?"
Diam.
Dan atmosfera mereka di sekeliling seakan membeku.
Wajah Luth berubah.
Tegang.
Buatkan Aikha yang melihat genggam erat baju sukannya. Dia telan liur yang terasa kesat.
Damn it!
Dia rasa menyesal kerana bertanya pada Luth mengenai hal tersebut.
" Aikha."
Dan Aikha kaku.
Dia kedu bila tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Luth. Kedua tangan Luth melingkar di bahunya. Wajahnya melekap pada dada Luth, buatkan haruman maskulin menyapa deria hidungnya. Kepala Luth pula jatuh pada bahu kanannya.
Dan Aikha perasan akan sesuatu.
Tubuh tinggi di hadapannya menggeletar.
Kuat.
Buatkan nafas Aikha hampir sesak.
Kenapa dengan reaksi Luth?
Kenapa cara Luth peluk dia seakan tak mahu lepaskan dia?
" Aikha."
Suara garau itu berbisik perlahan di telinganya. Dan suara itu juga menggeletar
" Can you promise me something?"
"Apa dia?"
Laju Aikha membalas tanpa menunggu sesaat. Buatkan Luth ketawa kecil pada bahu dia.
" Kalau Aikha buat sesuatu, sentiasa bagitahu Luth. Jangan pernah berahsia pada Luth. "
Dan Aikha terdiam.
Dia tarik lama nafas, berfikir.
" Janji? "
Dan Aikha kalah.
" Janji."
Luth lepaskan pelukan sebelum dia tolak tubuh Aikha ke belakang. Anak matanya mengelak daripada bertembung dengan Aikha.
" Aikha baliklah. Luth rasa ayah ada dah dekat rumah sekarang. "
" Tapi, "
" Just go home! "
Aikha terkedu. Pertama kali Luth naikkan suara pada dia.
Luth palingkan tubuh dia sebelum laju melangkah meninggalkan Aikha yang masih lagi terpingga-pingga. Aikha tak faham. Kenapa dengan Luth?
Kenapa dengan semua orang?
Kenapa mereka sangat sensitif bila nama Iddean disebut?
Dan Aikha raup lemah wajah dia. Nampaknya Aikha hanya akan tahu jawapannya daripada Iddean sendiri.
Share this novel